View: 19256|Reply: 11
|
China bimbang ‘kiamat’ asteroid, tubuh pasukan lindungi Bumi - Sekiranya melanggar Bumi, letupan 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom
[Copy link]
|
|
BEIJING – China menubuhkan pasukan pertahanan planet selepas saintis-saintis mengesan seketul asteroid bersaiz besar sedang meluncur ke Bumi, lapor laman berita Devon Live semalam.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) serta Agensi Angkasa Eropah meletakkan asteroid 2024 YR4 dalam senarai ancaman serius berikutan kebarangkalian ia menghentam Bumi agak tinggi.
Asteroid itu digelar sebagai ‘pemusnah negara’ kerana boleh memusnahkan rantau yang luas. Letupan yang berlaku sekiranya 2024 YR4 melanggar Bumi, adalah 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom.
Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri China untuk Pertahanan Negara kini merekrut untuk jawatan ‘pertahanan planet’.
Badan itu sedang merekrut orang ramai untuk menghasilkan cara mengesan, memantau dan mungkin memesongkan asteroid YR4.
Penyelidik Pusat Sains Angkasa Kebangsaan Akademi Sains China, Li Mingtao berkata: “Kita bukan sahaja perlu mengukuhkan konfigurasi dan prestasi peralatan secara menyeluruh, malah mewujudkan pasukan bakat yang berdedikasi untuk pertahanan Bumi.”
Beijing mendedahkan rancangan untuk menghentam asteroid tersebut dengan kapal angkasa bagi mengubah laluannya.
Mingtao berkata, jika asteroid YR4 menghentam Bumi, ia berkemungkinan akan hancur dalam atmosfera atau terhempas di lautan.
Namun jika malapetaka ini berlaku, gelombang kejutan dan radiasi boleh memusnahkan bandar bersaiz sederhana serta mencederakan berpuluh-puluh ribu orang.
Asteroid YR4 diramal tiba di Bumi pada 2 Disember 2032. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where a moment spent with you is a moment I treasure
Don't wanna close my eyes
I don't wanna to fall asleep
'Cause I'd miss you baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you (even when I dream)
The sweetest dream would never do
I'd still miss you baby
And I don't wanna miss a thing |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya dah utus seorang Nabi untuk bina roket ke Marikh guna papan kayu, eh, ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ironinya puak ni la paling banyak merosakkan bumi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-2-2025 08:21 AM
Sepatutnya dah utus seorang Nabi untuk bina roket ke Marikh guna papan kayu, eh, ...
Perlu ke rocket apabila boleh guna sword? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini cerita movie fiksyen k |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah china pun dah ada pandangan untuk melindungi kehidupan manusia.
harap semua kuasa besar dunia ada perancangan untuk elak kiamat ni.. jika perancangan satu negara tak jalan negara lain masih ada backup |
|
|
|
|
|
|
|
Diarg kan takut mati...
Belanje banyak mahal lo |
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi kena tipu dengan zionist,
zionist edukesyen,
kena program sejak baby ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
tak pernah dalam sejarah manusia,
asteroid jatuh di bumi.
itu semua dalam movie hollywood ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk jd penyelamat bumi konon
Ada ke yg percaya ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|