Kajian saintifik terbaruperubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, bolehmengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selainmanfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalamrawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.
Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormonyang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkanpemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasaiaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).
Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengankanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darahserta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagaipenyakit.
Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional AmerikaSyarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti andabersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak sepertiAlzheimer dan Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh JurnalObesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikanpemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.
Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kaloriuntuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.
Pakar diet Universiti Manchester, Dr. MicheleHarvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkanpenurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yangboleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi
|