Peru: Ajaib, indah & unik
Teks dan foto oleh Zulkarnain Zakaria
Penulis bersama warga peribumi Peru di Dataran Pahlawan Cusco, Peru.
MATAHARI terpacak terik. Tetapi tidak saya hiraukan kerana pemandangan di sekeliling begitu indah. Di bawah, sungai melingkar bagaikan ular, membelit kaki gunung. Di sekeliling saya, awan memutih menutupi puncak gunung yang bertanjak-tanjak dan diliputi glasier. Di atas sana, langit membiru. Manakala di belakang saya adalah Machu Picchu, salah satu monumen sejarah paling ajaib di dunia. Ia bagaikan sebuah lukisan yang menggabungkan kebijaksanaan manusia dan keajaiban alam ciptaan Ilahi. Sangat indah dan menakjubkan. Ya, Peru memang indah. Berada di titik tertinggi kota batu itu pula adalah saat yang sungguh istimewa dan sukar dilupakan. Sampai sekarang, walau sudah beberapa bulan berlalu, saya masih sukar untuk melupakan kenangan melancong ke Peru, khususnya ke Machu Pichu. Saya ke Peru mengikuti rombongan tiga orang pegawai POTO Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk membuat tinjauan awal ke Amerika Selatan. Tujuan POTO Travel adalah bagi memulakan destinasi baru pelancongan mereka di sana, dimulai dengan Brazil, Argentina, Peru dan Uruguay. Peru - negara ketiga kami lawati selepas Argentina dan Uruguay - istimewa kerana keindahan alam semula jadi, sejarah serta keunikan budayanya. Tentu sekali tidak ada ertinya kita melancong ke Peru kalau tidak menjejakkan kaki ke Machu Pichu. Untuk ke kota batu itu, kami keluar awal pagi dan menaiki kereta api dari Ollantaytambo. Perjalanan menyeronokkan itu memakan masa satu jam setengah. Sepanjang tempoh itu kamera kami tidak henti merakam keindahan bukit-bukau, gunung-ganang, kabus, glasier serta sungai yang menemani sepanjang perjalanan. Dari situ, kami menaiki bas pula mendaki gunung Machu Picchu. Bagi saya, keajaiban Machu Picchu sama seperti Piramid. Bayangkan, kompleks kediaman kaum Inca ini dibina pada kurun ke-15, di lereng dua buah gunung setinggi 2,430 meter dari paras laut. Di kota itu mereka membina teres pertanian, kubu, rumah, kuil, pasar, sistem perparitan dan sebagainya. Dari mana mereka angkut ketul-ketul batu besar itu? Bagaimana mereka memotongnya dan kemudian membina Machu Picchu? Apa teknologi yang digunakan? Persoalan terbesar, mengapa ia dibina nun jauh di dalam hutan dan tinggi di puncak gunung? Semuanya masih menjadi misteri. Bertambah misteri lagi kerana Machu Picchu sebenarnya masih belum siap sepenuhnya. Ia tiba-tiba ditinggalkan begitu saja selepas kira-kira 90 tahun mereka membinanya. Mengapa kaum Inca meninggalkan Machu Picchu begitu saja? Misteri itulah yang membuatkan kita berasa takjub dan sekali gus bangga kerana dapat berada di sana. Selain Machu Picchu, saya turut berasa kagum melihat keajaiban kota-kota batu lain yang dibina oleh orang-orang Inca. Antara yang sempat saya lawati ialah Sacsayhauman, Pukapukara dan Ollantaytamboo. Sacsayhuaman terletak di puncak bukit setinggi 3,700 meter di atas paras laut, dibina sekitar tahun 900-1200 Masihi. Ia merupakan kubu pertahanan Inca seluas 3,100 hektar. Bayangkan, bongkah batu itu ada di antaranya seberat 200 tan dan disusun sepanjang 400 meter! Terdapat juga ketulan batu besar yang dipotong menjadi bentuk burung kondor dan ilama, iaitu haiwan yang dianggap suci serta penting dalam kepercayaan tradisi peribumi Peru. Uniknya, potongan bongkah batu itu dibuat dengan begitu rata dan tepat. Ia dicantum rapat hingga sebatang jarum tidak dapat menembusinya dan takkan runtuh apabila dilanda gempa bumi. Apabila Sepanyol sampai, mereka terkejut. Tetapi disebabkan jahat dan sengalnya orang Sepanyol ini, mereka runtuhkan binaan yang ada, kemudian ambil batu besar tadi dan digunakan untuk membuat bangunan-bangunan kerajaan serta rumah mereka. Saya sangat sukakan Cusco. Untuk pengetahuan, Cusco terletak 3,200 meter di atas paras laut dan menjadi kota diraja empayar Inca pada abad ke-15 dan 16. Dataran Pahlawan (Plaza de Armas), Cusco, bukan sekadar cantik, malah merakam sejarah pahit manis warga peribumi Peru. Di situlah dahulu tersergamnya istana raja Huayna Qapac, tetapi telah diruntuhkan oleh Sepanyol, lalu diganti dengan Gereja Kemenangan. Kuil Matahari (Quricancha) pula dahulu dindingnya disaluti emas. Bagaimanapun, emas itu telah diambil oleh penjajah Sepanyol dan difaraidkan sesama mereka. Di dataran yang cantik inilah dahulu pahlawan-pahlawan Inca serta pejuang-pejuang kemerdekaannya dibunuh dengan kejam oleh penjajah Sepanyol. Antaranya ialah Tupac Amaru dan Tupac Amaru II. Setelah menghayati sejarah duka itu, saya menikmati pula keindahan bunga-bungaan, beranda yang berwarna-warni, warga peribumi berpakaian tradisional, anak-anak muda berdagang lukisan serta kedai-kedai menjual pelbagai cenderamata di sekitar dataran. Unik dan klasik sekali. Suatu yang istimewa tentang Peru ialah biarpun sebahagian daripada negara tersebut terletak di kawasan gurun, namun tanahnya hijau dan subur. Saya khayal memerhatikan bunga-bungaan pelbagai warna serta ladang jagungnya yang saujana mata memandang. Satu pesanan saya, sebahagian besar tempat-tempat menarik di Peru terletak di tanah tinggi. Hari pertama menjejakkan kaki di Cusco, kita akan diserang sakit kepala, letih dan seperti hendak demam. Kenapa? Itulah kesan sampingan apabila berada di altitud tinggi. Untuk itu, kita perlu berehat dulu, banyakkan minum air dan bernafas dalam-dalam. Jangan tergesa-gesa sebab kawasan altitud tinggi kurang oksigen. Semua akan jadi normal semula pada hari kedua. Saya ulangi, biarpun Peru nampak macam tidak glamor, tetapi apabila sampai di sana, anda pasti terkejut. Peru rupa-rupanya negara yang sangat cantik, unik dan eksotik. Cuma kita saja yang tidak tahu. Kota raya Lima yang terletak di tepi pantai Lautan Pasifik pula menyajikan pemandangan laut yang indah. Jangan terkejut, Lima adalah sebuah padang pasir yang hampir tidak dituruni hujan sepanjang tahun. Tapi uniknya, ia mempunyai sistem pengairan yang sangat hebat hingga pokok-pokok boleh hidup subur dan berjuta-juta penduduknya tidak menghadapi masalah air. Bagaimana dengan shopping? Jangan risau. Terdapat banyak tempat untuk anda membeli cenderamata. Di sekitar setesen kereta api Machu Picchu, Pisaq dan Cusco misalnya, ada banyak kedai yang menjual T-shirt, fridge magnet, baju sejuk dan beg. Sehelai T-shirt biasanya berharga lebih kurang RM15 sahaja. Murah, bukan? Sedikit lagi fakta, bahasa utama di Peru ialah Spanish. Tapi jangan risau, ramai juga yang boleh bercakap Inggeris, walaupun tidak lancar. Nama minuman tradisi mereka ialah chica. Ia diperbuat daripada peraman jagung dan memabukkan, macam air tapai. Saya jamin, anda takkan puas menikmati keindahan alam di Peru, keunikan budaya dan sejarah serta keajaiban seni bina warga peribuminya. Itulah yang saya rasakan sekarang. Anda mahu melancong ke sana? Untuk pengetahuan anda, POTO Travel & Tours Sdn. Bhd. kini menawarkan pakej istimewa ke Peru, Brazil, Argentina dan Uruguay. Sila hubungi tel: 03-92006640/ www.pototravel.com.my untuk maklumat lanjut.
Ollantaytambo - megaliths Lemurian giantsCuzco region rich in numerous ruins of ancient buildings, some of which have velikansky character. Same as giant blocks and walls Saksauaman can be found in Ollantaytambo (Ollantaytambo), located 60 km north-west from the city of Cusco. Ollantaytambo lies at an altitude of about 3000 meters above sea level. The name of this small settlement - Ollantaytambo - hence the vernacular Quechua (Quechua) «pantry my God." The settlement, as well as the city of Cusco lies in the sacred valley of Urubamba (Urubamba), through which flows the river of the same name. Central attraction of this town are the remains of the ancient city with numerous terraces scattered on the slopes of the valley. Let's learn more about it ... Photo 2.

As in Cusco, in Olantaytambo seen layering structures of our dwarf races in the later built the giant races. On an example Olantaytambo is clearly visible. From the photos you will notice that the giant building blocks are just on top of the mountain (in a scattered way), as well as in the first row of terraces (but only in the first). All other buildings (including themselves terraces) built of small cobblestone. These facts suggest that initially settled on top of the mountain giants, the Lemurians, who had an amazing technique of stone processing. They built a number of buildings on the mountain. After natural disasters, accompanied by a powerful earthquake, which resulted in velikanskie buildings were destroyed, this cyclopean culture faded. Traces of natural destruction of buildings visible in different remote places of the valley, where lie scattered giant building blocks. These giant blocks locals call "tired stones" (Spanish piedras cansadas). After the earthquake, these areas of Lemuria sank to the ocean floor. After many, many, many centuries this land has risen to the surface, and at these places settled our dwarf race who used the remains of the giant buildings for their own purposes. Therefore, the walls of buildings made velikanskih first, most top tier terraces, and all the lower terraces are made much later from a small cobblestone. In view of this close layering of cultures today is impossible to accurately recreate the original structure of the Lemurian giants.
Photo 3.

The greatest interest is the technology of stone processing machinery and ligaments blocks in the wall. Residues in the pictures of giant walls visible protrusions of various shapes - line-shaped, dotted, tochkoobraznye. As can be seen from the entire surviving walls (for example, in the first tier of terraces on the mountain Olantaytambo) tochkoobraznye projections are arranged on the outer side of the bottom of each building block. Other pictures can be seen that the dotted line and the projections are arranged on the inner sides of the building blocks, which speaks in favor version that these projections serve to solid binder walls. That is, when laying the blocks in the wall projections included in certain forms of grooves having the same form on a nearby block. This achieves strength of the masonry, which does not use any type of liquid binders solutions cement etc.
Photo 4.

If you look at the photo quarry that Lemurian giants-mined the building blocks for their buildings, we have to wonder which way to cut, cut down or carved blocks of data. Completely flat on the form of niches left in the rock, it can be concluded that the Lemurians used some other technology that is different from the well-known today. In our time, the fifth root race, use the following technology quarry: a rock in a linear series of drilled holes which then drives a wedge, forcing the desired piece of rock to break away through the holes. Previously this work was done by hand, then used pneumatic tools, and today make this work fully automated huge machines.
|