CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4432|Reply: 1

KONFLIK SYRIA (4) Sebuah fitnah besar.

[Copy link]
Post time 7-4-2014 05:49 PM | Show all posts |Read mode
KONFLIK SYRIA (4) Sebuah fitnah besar.

Apakah sebenarnya yang berlaku di Syria? Adakah Basyar Al-Assad berada di pihak yang benar? Atau dia itu bakal As-Sufyani yang akan menentang Imam Mahdi akhir zaman?

Saya telah bertanya seorang hamba Allah yang soleh. Apa pendapat dia tentang  konflik Syria masakini? Jawabnya mudah sahaja…sebuah fitnah besar.

PERMULAAN SEBUAH FITNAH BESAR
Kalau anda melihat Syria sekarang, anda akan melihat keadaannya seperti kota hantu yang sunyi-sepi. Semuanya penuh huru-hara & pembunuhan.

Ini adalah PERMULAAN. Selepas ini Asia Barat keseluruhannya akan menjadi seperti Syria. Anda akan dapat melihat Syria, Jordan, Arab Saudi,  Palestin, Iraq, Yaman, Iran dan sebagainya akan penuh huru-hara & pembunuhan.

BELITAN PERTAMA
Ini adalah belitan pertama (maksudnya ular besar sedang melakukan tugasnya). Syria sedang dibelit ular fitnah yang dahsyat. Dan ia akan berjangkit kepada 2 kota Haramain, Mekah dan Madinah. Dan kemudian akan berjangkit ke tempat-tempat lain seperti saya sebutkan di atas.  

Dan anda jangan terkejut kalau selepas ini dua kumpulan orang Islam berperang seolah-olah kumpulan merekalah yang benar.

Pada peringkat awal, As-Sufyani (pemerintah baru Syria) menjadi pemerintah sah yang diiktiraf oleh Al-Mahdi. Kemudian dia melakukan sesuatu yang menyeleweng dan ditegur keras oleh Al-Mahdi. Maka bermulalah pertentangan.

BERMULALAH PERTENTANGAN
As-Sufyani mendakwa dialah ahlul bait. Imam Mahdi juga mendakwa yang sama. Kalau kita berada di tengah-tengah mereka, suara siapakah yang akan kita dengar. Dan perintah siapa pula yang akan kita ikut?

Sekarang perang saudara berlaku di Syria. Kita pun jadi keliru untuk mengatakan pihak mana yang benar. Setengah pihak berpendapat, 95% ulamak Syria menyokong pembangkang. Hanya 5% menyokong Basyar Al-Assad. Benarkah itu?

Bila nanti terjadi pertentangan antara Imam Mahdi & As-Sufyani, kekeliruan kita akan jadi bertambah besar. Kedua-duanya mendakwa ahlul bait. Mustahil kedua-duanya penipu. Dan mustahil pula kedua-duanya benar.

ASAS PENILAIAN SAYA
Dalam menilai siapa yang benar atau salah, kunci penilaiannya terletak kepada redha Yahudi dan Nasara. Anda mesti tahu, Yahudi dan Nasara sangat benci kepada Islam. Kebencian mereka meliputi segala perkara sehingga kita patut berhati-hati dalam semua hal.

Saya telah menulis dalam post-post saya sebelum ini, KONFLIK SYRIA (siri 1,2 & 3) bahawa pembankang Syria ditunjangi oleh Yahudi & agen-agen Dajjal seperti USA, Britain & Peranchis.

Silakan anda membaca. Kemudian kosongkan kepala anda untuk menyerap pertimbangan yang sesuai dari hujjah-hujjah saya. Anda jangan fanatik, kerana sifat fanatik akan menjadikan anda bodoh.

DAKWAAN TIDAK JELAS
Pembenci-pembenci Basyar Al-Assad telah mendakwa bahawa gambaran konflik Syria tidak jelas kepada dunia.  Mereka mendakwa media-media barat telah menyokong Basyar dan menutup kezalimannya.

Mereka tidak mahu manusia seluruh dunia tahu apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka  memutarbelitkan fakta.

Saya melihat penjelasan mereka sangat tidak masuk akal. Ada 3 sebab. [1] Syria itu anti barat. Mustahil ada kerjasama & penyatuan. [2] Sekarang ini dunia tanpa sempadan (borderless nation). Mustahil berita dapat dilindungi & disekat. [3] Jangan mudah percaya kepada sebarang berita yang sampai kepada telinga anda. Kerana ibu segala berita ialah Yahudi laknatullah.  

ANDA MENYOKONG SIAPA?
Kalau nanti terjadi pertentangan hebat antara As-Sufyani & Imam Mahdi, anda akan menyokong siapa? anda tentu menjawab bahawa KAMI menyokong imam kami, Al-Mahdi Al-Muntazar.

Benarkah begitu? Apakah semudah itu? Secara pribadi, saya kurang yakin. Anda akan melihat peperangan antara mereka disokong oleh kelompok ulamak masing-masing. Masing-masing mempertahankan hujjahnya, sedangkan sesiapa yang menentang Al-Mahdi itu, maka dia kufur dan akan diheret ke neraka.

ANDA FAHAM MAKSUD SAYA?
Kalau anda tidak faham, maka ini jawapannya. Bahawa Al-Mahdi itu akan dibaaih oleh para wali dari Syam & Mesir, juga oleh para wali Abdal dari Iraq, juga oleh golongan Asoib (kerohanian) dari Timur.

Mereka itu (berjumlah 313 orang) bukanlah para ulamak yang menonjolkan diri untuk dikenali. Mereka manusia tersembunyi yang mengajak manusia lain hanya kepada Allah SWT.

DI MANA PARA ULAMAK ZAHIR?     
Kenapa Tuhan menghantar para wali & asoibnya untuk menyokong & membaaih Al-Mahdi? Jawapannya ada pada konflik Syria masa sekarang.  Dikhabarkan 95% ulamak Syria dan terdapat beberapa ulamak lain secara terang-terangan menyokong Pakatan Pembangkang Syria.

Apakah mereka (ulamak-ulamak) itu tidak tahu tentang kemunculan As-Sufyani dari kemenangan Pakatan Pembankang itu? Dan apakah mereka juga tidak tahu pertentangannya dengan Al-Mahdi?  Saya tidak tahu kenapa mereka "tidak tahu" atau "buat-buat tidak tahu".

Sebab itu, cahaya Allah sangat penting untuk menentukan haluan sebenar.


Saya teringat kepada kata-kata Syeikh Jaafar As-Sadiq : “Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar pada saat orang ramai melupakannya” Anda faham maksudnya? Kalau orang ramai melupakan Al-Mahdi, maka mereka juga tentu melupakan As-Sufyani.

MAKSUDNYA. Mereka tidak kisah tentang Pakatan Pembankang Syria. Mereka tidak kisah tentang pemerintah baru selepas itu. Mereka tidak kisah tentang As-Sufyani itu baik atau jahat.

Saya juga teringat kepada satu kata-kata hikmah : “ Al-Mahdi akan muncul pada saat manusia tidak lagi mendapat hidayah”. Anda faham maksudnya? Hidayah tidak lagi mengisi hati manusia, kerana hatinya telah dikotorkan oleh lumut dunia, pangkat & darjat. alangkah peritnya untuk mengatakan demikian.


TENTU ANDA FAHAM SEKARANG
Al-Mahdi Al-Muntazar akan disokong, dibaaih, dibantu & didokong oleh ahlullah (orang-orang Allah) yang hidup berpandukan cahaya Allah. Anda mesti menerima hakikat tersebut supaya hidup anda tidak tersesat.

SEJARAH LAMPAU
Konflik berdarah (pada zaman Haffez Al-Assad) berlaku di Hama pada tahun 1982, berlaku selama 27 hari dan mengorbankan hampir 46000  penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik.

Rakyat mula bangkit kembali terhadap kezaliman yang berlaku sejak 2 tahun yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

Cuba anda perhatikan, sesudah 31 tahun baru “kebangkitan semula” ini berlaku. Maksudnya jelas. Ada kelompok tertentu di Syria yang memanaskan cerita lama.

Tangan siapa yang memulakan api? Tentu sekali pembangkang yang benci kepada Basyar dan keluarganya.

Siapakah pula yang menimbun kayu apinya? Tentu sekali Yahudi & agen-agen Dajjal.

PUNCA KONFLIK KONONNYA?
Kononnya ada sekumpulan kanak-kanak, seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.

Slogan ini sama seperti yang telah dilaungkan di Negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.

Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

Saya merasa curiga dengan cerita di atas. Bahkan tidak ada sebuah filem pun di atas muka bmi ini memaparkan pembukaan cerita seperti itu. Sangat janggal dan lemah. Cuba anda berfikir dengan menambah sedikit kewarasan lagi pada fikiran anda. .

[1] Kanak-kanak itu (di mana pun kanak-kanak itu) terdidik dengan sifat jujur & mudah mengaku kesalahan. Mustahil mereka begitu sukar untuk mengaku perbuatan mereka.

[2] Kalau pun ada sebahagian payah berlaku jujur, mustahil pula 50% lagi gagal membocorkan rahsia.Kanak-kanak realtifnya mudah mengaku salah.Demikian kajian pakar psikologi.

[3] Kalau pelaku itu sudah dikenalpasti melalui pembocoran rahsia, kenapa kanak-kanak itu perlu diseksa begitu kejam?Sangat mustahil kanak-kanak itu melakukannya tanpa campurtangan orang dewasa yang cuba berputarbelit.

[4] Apakah perlunya wanita-wanita itu dihantar sebagai tukarganti? saya hanya melihat ayat ini sebagai rekaan untuk menampakkan kejahatan askar sahaja.

[5] Paling akhirnya, apakah perlunya perkahwinan bagi manusia yang JAHAT & KEJAM?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2014 06:01 PM | Show all posts
KONFLIK SYRIA (5) Belitan Fitnah Semakin Kusut.

Dulu, saya dah menulis tentang Konflik Syria ini sebanyak 4 siri. Sekarang saya nak sambung balik dengan siri (5). Macam-macam kisah yang berlaku sekarang ini. Bertambah haru-biru & menyerabutkan.

Ada seorang pembaca blog saya komen pada saya. Katanya, tak penat ke menghebah sana dan sini (tentang Imam Mahdi & perkara akhir zaman)?.

Saya nak jawab begini. Kalau penulisan saya ini mendapat pahala dari Tuhan, saya akan teruskan. Tetapi kalau tak ada faedah, rugi masa, letih tangan, lebih baik saya stop di sini, tanam ubi kayu lagi baik.

Membicarakan tentang perkara akhir zaman (bagi saya) adalah juga tuntutan agama. Buktinya terletak kepada kepercayaan kepada Hari Akhirat dalam Rukun Iman.

Sebelum datang hari Akhirat, kita mesti menempuh dahulu Hari Kiamat. Sebelum datang Hari Kiamat, kita mesti mengenal dahulu tanda-tandanya. Ada tanda kecil, pertengahan dan besar.

Dipendekkan cerita, tanda-tanda kecil dan sederhana Hari Kiamat dah berlambak di depan mata kita. Sekarang kita ini di akhir zaman & sedang berhadapan dengan 10 tanda akhir Hari Kiamat.

Tanda yang pertama ialah kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar. Sebelum kemunculannya, ia didahului oleh fitnah besar di Asia Barat. Apa maksudnya? Iaitu konflik Syria yang tak berhenti-henti sehingga sekarang.   
Untuk mendapat lebih kefahaman tentang konflik Syria itu, elok anda baca post-post saya sebelum ini, KONFLIK SYRIA (Siri 1,2,3 & 4). Saya kaitkan juga dengan sosok Imam Mahdi & kehadirannya yang berkaitan dengan konflik tersebut.

KEKUSUTAN (1)
Barisan pemberontak Syria itu terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk majoritinya Sunni dan sebagainya. Paling mengejutkan, mereka mendapat bantuan militer dari US, Britain, Peranchis dan Turki. Kalau tak percaya, sila baca post-post saya yang terdahulu. Dengan kata lain, Israel juga berada di sebelah mereka.

KEKUSUTAN (2)
Hizbullah (Parti Allah) yang pro-Syiah telah menyokong Basyar Al-Assad dalam penentangannya terhadap pemberontak-pemberontak Sunni. Bahkan, Syeikh Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah berjanji akan mempertahankan rejim Basyar sehingga menang.

Beliau juga membandingkan dirinya sebagai lebih bodoh dari ulamak-ulamak Arab Saudi semasa dia memuji Syeikh Hassan Nasrallah di depan mereka suatu ketika dahulu.

KEKUSUTAN (4)
Umat Islam di seluruh dunia terbahagi 2 kelompok. Kelompok (A) pro Bashar Al-Assad manakala kelompok (B) pro pemberontak Syria. Masing-masing ada golongan ulamak yang menyokong mereka. Maka kerana itu, keadaan fitnah menjadi semakin sukar.

PENDAPAT PRIBADI SAYA
Saya menulis semua ini kerana Allah Taala. Bukan kerana ada apa-apa kepentingan dari pihak A atau B. Tetapi dalam menanyai saya, siapa yang saya sokong, maka ini jawapan saya.  

INI JAWAPAN SAYA (1)
Syria pada peringkat awalnya adalah stabil sebelum revolusi (Arab Spring) menghentam sebahagian besar wilayah Arab sebab protes pada kekuatan rejim pemerintah.

Mantan Presiden Mesir Husni Mubarak tumbang. Mantan Presiden Libya Muammar Qaddafi juga tumbang. Begitu juga sebahagian negara lain. Sekarang ini adalah giliran Presiden Syria,  Basyar al-Assad pulak.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, mengapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab Saudi?

INI JAWAPAN SAYA (2)
Banyak orang percaya rakyat Syria mengangkat senjata dan memberontak sebab mereka tak lagi berupaya mengeluarkan pendapatnya dengan aman. Maka pemerintah Syria lalu mengawal mereka dengan peluru, dan mortar, sehingga menyebabkan ramai penunjuk perasaan terkorban dalam peristiwa March 2009.

Sebelumnya hanya berdemonstrasi, tetapi akhirnya mereka melancarkan perang terhadap Assad, seperti dilaporkan The New York Times (8/4/2009).
Mengapa penentangan ini tidak berlaku di Arab Saudi? Rakyat Saudi juga terkongkong dan tidak bebas bersuara? Sepatutnya konflik ini juga berlaku di Arab Saudi kerana keadaan politiknya sama seperti Syria.

INI JAWAPAN SAYA (3)
Kerana konflik sebelum ini adalah percaturan politik Yahudi dan agen-agen Dajjal. Mereka memporak-perandakan sesebuah negara (mari kita mulakan dengan Afghanistan, Iraq, Algeria, Mesir, Libya & sekarang Syria) dengan 2 maksud sahaja.

Pertama, mereka ingin merosakan kestabilan politik Negara Islam. Bila huru-hara berlaku, pembunuhan akan merata. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi Akhir Zaman akan terbunuh sama.

Kedua, mereka menyerang Negara tersebut untuk menguasainya. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi yang mereka cari itu adalah manusia lapar yang berebut-rebut makan seperti anjing.

Saat mereka melempar makanan dari helicopter (seperti di Afghanistan), lalu mereka melempar bom kepada sekumpulan lelaki, wanita dan anak-anak kecil yang berebut-rebut padanya.

Semuanya permainan Yahudi & Agen-agen Dajjal.

INI JAWAPAN SAYA (4)
Konflik Syria yang seharusnya terjadi hanya antara rakyat dengan pemerintah tiba-tiba meluas. Sudah merebak menjadi perang besar. Dugaan Assad bahawa  pihak asing memberi bantuan kewangan kepada pemberontak hingga mereka menjadi sangat kuat, banyak, dan besar memang benar.

Paling mungkin ialah senjata. Dari mana tentara pembebasan Syria mendapatkan keperluan senjata mereka  jika tidak ada “golongan berkepentingan” memberikannya pada mereka.

KECURIGAAN ASSAD YANG KUAT
Kecurigaan Assad semakin kuat pada negara barat. Amerika Syarikat dan Britain dituding sebagai dua buah negara yang berupaya melakukan urusan jual-beli senjata itu.

Negara lain seperti Iran, Rusia dan China masih setia mendukung Assad. Kedua kubu masing-masing memperingatkan agar tidak mencampuri urusan politik Syria.

Walau bagaimana pun, Amerika Syarikat diketahui giat melatih para pemberontak dan pasukan intelijennya (CIA) juga giat mengirimkan pasokan senjata, seperti dilaporkan stesen television Al Arabiya (25/3/2013).

KENAPA TIDAK BERLAKU DI ARAB SAUDI?
Kenapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab Saudi? Pada saya, Arab Saudi itu sendiri pro-barat. Yahudi & Agen-agen Dajjal tidak merasai apa-apa tekanan dari struktur politik Arab Saudi. Bahkan mereka merasa tidak perlu untuk mencari Imam Mahdi di situ.

SERANGAN KE ATAS SYRIA?
Anda mungkin bertanya kepada saya. Kenapa Konflik Syria ini berlaku? Kenapa Yahudi & agen-agen Dajjal ini melakukan kemusnahan di sini? Jawapan saya terletak pada hadis Nabi yang berikut.

Bersabda Rasulullah SAW : “sekiranya penduduk Syam sudah tiada, maka tiada lagi kebaikan di atas muka bumi ini”.

Yahudi memahami maksud hadis ini sama seperti kita. Tetapi mereka mempunyai perancangan jahat untuk meranapkan kita.  Tujuan mereka bukan lagi 2, tetapi sudah menjadi 3 seperti berikut.

TIGA TUJUAN YANG JAHAT
Pertama ialah merosakkan kestabilan Syria (telah berjaya). Kedua ialah membunuh Imam Mahdi (tidak berjaya) dan ketiganya, menghapuskan sinar Islam di akhir zaman (tidak mungkin berjaya).


Di MANAKAH IMAM MAHDI?
Dulu, saya mengira Imam Mahdi lahir di Kurjah (Madinah) tetapi selepas membuat kajian dan pembacaan dari banyak sumber, saya mendapati Kurjah itu tempat kemunculannya semasa di Madinah.

Kemudian, pada masa tentera As-Sufyani (Imam Mahdi palsu) cuba mengejar beliau di Mekah, waktu itu beliau berada di Harrah (Mekah).

DI MANA & SIAPAKAH DIA SEBENARNYA?
Saya benar-benar tidak tahu siapa sosok Imam Mahdi yang sebenar. 100% tidak tahu. Tetapi saya selalu berdoa, semenjak 20 tahun lampau kepada Tuhan supaya dipertemukan dengannya.

Alhamdulillah, semuanya kuasa DIA.

DIA telah mengerakkan saya kepadanya. Dan DIA juga telah mengerakkannya (maksudnya Al-Mahdi) itu kepada saya. Kalau benar dia itu sosok Imam Mahdi, bertuahlah Nusantara ini.

JAWAPAN MUKTAMAD SAYA.
Al-Mahdi Akhir Zaman akan ditentang oleh As-Sufyani (pemerintah Syria). Tak pasti siapa As-Sufyani, mungkin dia itu Basyar Al-Assad atau pemerintah baru Syria. Tetapi yang pastinya, Al-Mahdi juga ditentang oleh Yahudi & Agen-agen Dajjal.

Saya tetap benci kepada Yahudi di manapun dia berada dan siapa yang dia sokong. Di mana Imam Mahdi berada, di situlah saya meletak sokongan saya. Semoga Allah tetap membantu kita semua menegakkan Daulah Islamiyah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075981 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list