Cik Mawar adalah pengemar dan fanatik bunga..
Segala jenis bunga yg diketahuinya dijual di negara ini pasti akan diburunya...
Terdapat sebuah butik bunga yg menjual sejenis bunga yg sgt aneh.
Dia sgt tertarik pada sekuntum bunga yg dtgnya dari eropah... dan mampu terapung didlm sebuah balang kaca yg hanya diisi air sahaje..
Dia teringin tersangat2 nak tahu apakah bunga itu dan dari manakah bakanya serta bagaimana ianya boleh terapung sebegitu...
Tapi bila ditanya kat taukeh kedai tersebut, si taukeh hanya berkata... itu rahasia..... sambil menggaru2 ketiak beliau yg tak gatal tuh...
2 bulan kendian, Cik Mawar meminta kerja secara partime dikedai tersebut...
Si taukeh dah tak kenai dia dah pon...
Niatnya cuma satu... nak mencurik bunga tersebut dan meletakkan segala kesilapan kpd taukehnye...
Pd suatu hari yg ceria.... bunga itu telahpun dicurik...
Ianya ghaib bersama2 dgn staffnya sekali a.k.a cik mawar..
bukan itu sahaja, segala rekod butiran kewujudan cik mawar selaku pekerja juga hilang seperti asap...
cik mawar melarikan diri dgn memandu kearah utara..
dia singgah sekejap distesen minyak... mamat yg tukang lap cermin ketanya tu berkata kalau nak ke kedah, better divert ke laluan pantai timur dulu baru sambung ke arah perak dan seterusnya ke kedah. sebab ada eksiden teruk dan jem sepanjang 10 kilo.... kata beliau lagi sambil tangannya membuat gaya seperti karam singh walia... sambil kekadang tuh tergaru2 ketiak beliau itew...
Untuk membuat kepastian bahwa berita itu adalah benar, Cik mawar meng-check menerusi waze dan memang betul jalan dihadapannya berwarna merah panjang...
cik mawar pun divert ke arah utara pantai timur sehinggalah apabila tiba disebuah kawasan, waze beliau mengeluarkan warning ada sekatan polis dihadapan..
cik mawar berhenti sekejap ditepi jalan, dan tak semena2 dia ternampak sebatang sungai disebelahnya dan terdapat seorg mamat yg mendayung perahu disungai tersebut sambil tergaru2 ketiaknnya..
Bang!, sungai nih tembus ke mana ye? tanya mawar..
Ohh.. sungai ni jika ke hulu akan sampai ke perak..
Yeke bang... kalau gitu sy nak tumpang naik sampan abg boleh? pinta si mawar...
Alaaa... awak ni... sy dah habis keje ni... nak balik rumah dah ni... kata mamat tersebut sambil menjual mahal..
Boleh la bang.... nanti sy bayar banyak...... kata si mawar sambil menunjukkan kad mastercard beliau...
oklah kalau camgitu... kata si pendayung sampan itu lagi..
Ketika menaiki sampan tersebut, mawar melihat jam di waze beliau dan tercatat waktunya iaitu 1.15 tgh hari.
Mamat sampan tu pulak melarang beliau menggunakan henpon kerana bahaya kalau terjatuh kedlm sungai dan menasihatkan beliau supaya mematikannya sahaje...
Baru beberapa saat sahaja mawar menaiki sampan, sampan tersebut terhuyung hayang dan berlaku gegaran kuat dari dasar sungai...
Dengan tak semena2 berlakulah hujan yg tersangat lebat dan keadaan sungai itu yg menjadi sangat beralun dan berombak besar...
Sampan akhirnya menderu deras dan terlanggar tebing diseberangnya... sehingga menyebabkan cik mawar terhantuk dan jatuh tersungkur keatas tebing...
Selepas itu hujan pun berhenti dgn serta merta dan keadaan menjadi tenang kembali...
Cik mawar yg terjatuh tu, berasa pening seketika dan matanya berasa kelat dan pedih sgt seolah2 baru bangun dari tidur yg panjang...
Kemudian dia ternampak si pendayung sampan tuh dah berada di jeti tempat asal diseberangnya itu...
Hei... kau tinggalkan aku camnie je ker? ujar si mawar..
Si pendayung sampan tu terpingga2 sekejap...
Tingalkan apa pulak ni?...., apa yg sy dah buat?... awak siapa? sy tak kenal awak pun?.... kata si pendayung sampan itu pula...
Awk ni biar betul... baru je awk hantarkan sy menggunakan sampan awak tu... marah si mawar..
Cik Mawar kemudian meng-on kembali henpon beliau dan oleh kerana line tak berapa clear, dia berjalan jauh sedikit kedalam...
dan...
tiba2 dia terlopong besar dan terperanjat beruk sehingga terkentut2.....
Waktu sekarang adalah 12.15 tgh hari?!
dan tempat ni langsung tak wujud dlm database wase beliau?...
Dimana aku berada ni woi...?! apa dah berlaku nie?!...
Melihatkan awek tersebut sedang tercengang2 sambil terkentut2... encik pendayung sampan yg memandangnya dari jauh tu berkata....
Inilah padahnya akibat mencuri bunga kesayangan aku... sambil tersenyum sinis menampakkan taring emas beliau tuh...
Skrg aku dah tarik kau dan duduklah kau kat situ dan tak akan ada org yg akan tolong kau.... sebab kau tak dikenali oleh sesiapapun di alam sebelah sini.... heh heh heh...
Aku dah undurkan balik satu jam kau yg lepas supaya kau merenung balik kesalahan ko yg dulu dan kendian kalau mood aku ok, nanti aku dtg jemput kau semula...
Ternyata si pendayung perahu itu dan juga mamat tukang lap cermin kat stesen minyak sebelum tu adalah org yg sama iaitu taukeh kedai bunga tempat dia mencurik bunga terapung itu....
Cik mawar menangis tersedu sedan dan dlm keadaan kebingungan dia memikirkan,
1-Bagaimana taukehnya menbuat jangkaan dia akan berhenti mengisi minyak dan berupaya melencongkan dia kearah timur?
2-Bagaimana taukehnya berupaya memberhentikan mawar ditepi jalan dan menjadikkan mawar membuat keputusan memintas melalui jalan air?
dan soalan yg paling psychic ialah........
3-Bagaimana taukehnya membuat masa berundur selama sejam dan berupaya menjadikkan mawar menjadi tidak dikenali oleh sesiapapun di alam sebelah sana.....
Lula2 posted on 18-4-2014 03:43 PM
teka teki hape ni weh....
kalau tak silap haku, ko ni software engineer kan?..
so dah tentu kau mesti sgt familiar dgn flowchart dan debug testing..
aku pon gunekan teknik yg lebih kurang sama beb..
if failed, wat is next possible move and so on...
umpama tanagn ghaib yg memusing2kan jigsaw pazzle.. hihi
1-Bagaimana taukehnya menbuat jangkaan dia akan berhenti mengisi minyak dan berupaya melencongkan dia kearah timur?
Sebab taukehnya tahu jenis kereta cik Mawar dan dapat mengagak berapa jauh cik Mawar boleh memandu dalam keadaan tangki minyak penuh.. Accident tu berpunca daripada taukeh tersebut....
2-Bagaimana taukehnya berupaya memberhentikan mawar ditepi jalan dan menjadikkan mawar membuat keputusan memintas melalui jalan air?
warning waze berkenaan ada sekatan polis tu tipu sahaja dan taukehnya yg juga ada akaun waze yg telah membuat report palsu itu...
3-Bagaimana taukehnya membuat masa berundur selama sejam dan berupaya menjadikkan mawar menjadi tidak dikenali oleh sesiapapun di alam sebelah sana.....
3-Bagaimana taukehnya membuat masa berundur selama sejam dan berupaya menjadikkan mawar menjadi tidak dikenali oleh sesiapapun di alam sebelah sana.....
system_failure posted on 21-4-2014 10:23 AM
iyer.... betul betul betul
rahsianya ialah masa menjawab soalan ini iols tengah mendengar lagu ini....
mode detective : ON
The truth can only pierce towards The soil without footprints The towering fine flower fragrance The deliberately eye-catching clothing Everyone wears a mask and lies for different reasons Motives only have one kind of name and it is called desire Across the swamp of humanity Who can really not get defiled? We can Forget Forgive But we must know the truth The iron bed that's been moved That last piece of the puzzle is finally put together
Eva_yy_Ellin posted on 21-4-2014 02:14 PM
Spammer detected
wahhh sampai 3 kali terpost...
sori la weihh.... patut la pagi tadi byk kali aku hit button send tapi takdak response pape pon....
line tgh bengong agaknya... pastu aku sambung tido aje laa.... ngantuk weihh...
laa nie baru je bangun... tgk2 je terus ada banyak post... terberak jap aku atas tilam nih....
aku udah dilit dah yg terlebih2 tuh.....
sowie yer...