Malaysia sertai operasi tentera ‘penting’ di Arab Saudi?
RIYADH - ARAB SAUDI. Malaysia dilaporkan turut bersama dengan kira-kira 20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan ‘terpenting’, lapor portal Al Arabiya, semalam. Menurut agensi berita Arab Saudi, SPA, gabungan itu untuk menghantar mesej jelas Riyadh dan sekutunya menentang semua cabaran dan mempertahankan keamanan serta kestabilan serantau. Namun SPA tidak menyatakan secara terperinci tentang tempoh operasi itu bermula dan berakhir. Pengumuman semalam itu dibuat selepas kerajaan itu mengerahkan pesawat perang ke pangkalan udara Turki untuk memperhebatkan operasi menentang IS di Syria. Arab Saudi kini sedang giat berkempen menentang ‘keganasan’ pemberontak yang disokong oleh Tehran di Yaman. Selain Malaysia, beberapa negara lain yang mengambil bahagian termasuk Chad, Mesir, Jordan, Maghribi, Pakistal, Sinegal dan Tunisia serta lima sekutunya dalam Majlis Kerjasama Teluk. Menurut sumber Arab Saudi, ahli pakatan baharu anti keganasan akan berkumpul di negara itu bulan depan untuk pengumuman secara rasmi.
|