Tiga tiga jadi enam
Tiga enam jadi sembilan
Oh itulah 69
Tanda megah masa depan
Beret kelabu tanjak kami
69 slogan kami
Lembing kerambit lambang kami
Unit gempur gagah berani
Satu langkah kami maju
Namun undur tidak sekali
Oh itulah sumpah kami
Dalam unit 69
Oh ibuku jangan bimbang
Kalau aku tidak pulang
Pergi aku untuk berjuang
Pada nusa dan bangsaku
Beret kelabu tetap bakti
Walau ada telah pergi
69 itulah kami
Komando polis negara ini
Komando polis negara ini
69! Komando!
69! Komando!
69! Komando!
Kepada 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), kepada negara, kalian mungkin bukan sesiapa...tetapi bagi kami, kalianlah WIRA-WIRA sebenar kami!
Kami dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti untuk pertiwi! #unit69komando #vat69 #pdrm #rmp #polisdirajamalaysia #royalmalaysiapolice #polisdanmasyarakatberpisahtiada