|
Arwah atok dulu pon suka menjerat burung.. Excited sangat tiap kali nampak atok bawa pulang banyak burung. Toknek pula jadi tukang panggang burung.. Rindunya zaman kecik dulu. Rindu atok rindu Toknek.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lalalxlx at 28-10-2019 03:00 PM
Sarawak Bumi Kenyalang
Sarawak memilih burung kenyalang (Rhinoceros Hornbill) sebagai simbol burung rasmi negeri tersebut yang juga merupakan inspirasi jata rasmi negeri Sarawak. Burung ini melambangkan kekuatan dan keberanian. Oleh itu, negeri Sarawak terkenal sebagai Bumi Kenyalang (Land of the hornbill).
Simbol jata rasmi negeri Sarawak
Burung Kenyalang boleh didapati di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Burung tersebut merupakan spesies yang amat jarang dilihat dan dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan.
Burung Kenyalang dipercayai melambangkan satu daripada Petara iaitu tuhan yang paling berkuasa menurut kaum dayak di Sarawak. Pada zaman dahulu, penduduk dayak menganggap burung Enggang Badak iaitu burung kenyalang sebagai dewa perang atau lebih dikenali sebagai Singalang Burong.
Semasa perayaan hari gawai diadakan setiap awal bulan jun, burung tersebut memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan. Apabila hari perayaan atau semasa membuat persembahan, para penari akan menggunakan perhiasan seperti ala-ala bulu burung kenyalang.
credit: wikipedia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pernah mkn burung punai, wak-wak, puyuh, burung unta, itik, itik serati, ayam, ayam hutan.
Merpati x pernah try.
Pernah bela burung merbuk 2 ekor tapi lepas tu lepaskan dia susruh bebas tapi selalau je terbang balik kt area rumah.. Bunyi merbuk tu sedap. and kalau kita org buat bunyi panggil mesti menyahut merbuk tu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biasa makan burung puyuh sahaja. Tapi hari tu pertama kali cuba merpati. Isi dia gelap dan keras sikit. Bukan cita rasa. Tapi memberi satu sensasi dan deria rasa baru pada makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu bab burung2 ni, masa muda dulu gigih jugak masuk hutan, menembak, racik, jerat, kadang2 pasang jaring.
Klu bab mendekut ni, tobat tak nak buat dah, last sekali buat, pak belang yang datang, haha. jalan ke belakang dibuatnya.
Burung wak2 biasa tangkap kat tepi2 sungai atau jalan je, just perati laluan dia, pastu pasang jerat. Biasa time mancing tepi sungai, smbil tu buat jerat wak, tak dapat ikan, dapat burung hehhe.
Burung punai, biasa letak getah je kat pokok kat mana dia tidur, cuma sekarag payah dah nak nmpk, huhuhu.
Burung pipit, pasang jaring je, berpuluh puluh lekat nanti, cuma rajin tak rajin je nyiang lepas tu, hehee.
Ayam hutan, jerat je, biasa klu kena sekor, jawabnya ada harapan leh dapat lagi 2 3 ekor kat tempat tu.
Burung puyuh, beli kat pasar je la ni, hehehe.. payah dah nak nmpk meliar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|