View: 1184|Reply: 1
|
Arteta ada formula hampiri 'big six'
[Copy link]
|
|
London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi pandangannya bagaimana pasukannya mampu merapatkan jurang dengan kelab teratas atau 'big six' pada saingan Liga Perdana.
Pengendali dari Sepanyol itu sudah membimbing Gunners sejak Disember 2019 dan setakat ini memenangi Piala FA.
Di sebalik kejayaan itu, prestasi Arsenal merosot apabila hanya menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan pada musim lalu.
Gunners tidak beraksi di pentas Eropah pada musim ini dan Arteta terdesak untuk memastikan mereka kembali beraksi di saingan itu.
Untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara tampak sukar bagi Arsenal namun boleh mengharapkan beraksi di Liga Europa tetapi perlu merapatkan jurang dengan pasukan di atas mereka.
Ditanya bagaimana pasukannya dapat merapatkan jurang dengan 'big six', Arteta berkata: "Pertama sekali perlu memahami konteks sebenar. Siapa lawan kita, apa yang mereka lakukan untuk meraih pencapaian sama dan apa yang kami perlu lakukan untuk mengikut jejak langkah mereka.
"Kemudian hanya fokus kepada proses dan apa yang anda boleh kawal kerana yang lain di luar kawalan anda.
"Tetapi anda perlu realistik jika jurang itu terlalu besar. Ada perkara yang mesti dilakukan untuk (mengurangkan) jurang ini." - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MIKEL Arteta. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|