CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Rogol isteri kena rotan, penjara

[Copy link]
Post time 29-8-2008 05:17 PM | Show all posts

Reply #18 BaBY_GuRL's post

laki dia ke, atau pun hantu raya yg laki dia bela.... perangai tak melambangkan manusia langsung... more mcm setan gondol ajer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by alangGIRL at 29-8-2008 05:17 PM
laki dia ke, atau pun hantu raya yg laki dia bela.... perangai tak melambangkan manusia langsung... more mcm setan gondol ajer....


laki dia.. sadis betul dgr cite dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 05:27 PM | Show all posts
Padah nafsu binatang
Oleh Zaitie Satibi

KUANTAN: Seorang mekanik yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan melakukan seks ganas ke atas isterinya, terpaksa meringkuk dalam penjara apabila tidak dibenarkan ikat jamin kerana dikhuatiri akan mengulang perbuatannya itu.

Hakim Hassan Ghani membuat keputusan itu berikutan tertuduh, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, tinggal serumah dengan mangsa selain pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun.

Tertuduh yang memakai jeans biru dan baju-T putih didakwa melakukan seks ganas iaitu memukul, menampar dan menyepak seluruh anggota badan serta meliwat isterinya ketika melakukan persetubuhan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang membasuh pakaian dalam bilik air apabila tiba-tiba dia ditarik keluar suaminya yang mengheret dia ke bilik tidur untuk melakukan hubungan seks.


Mangsa yang tidak tahan selepas cedera teruk akibat dipukul, ditampar dan disepak suami yang menyebabkan seluruh badannya bengkak, lebam dan calar kemudian mengadu kepada keluarganya.

Keluarganya menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana kejadian itu dikatakan bukan kali pertama berlaku dalam tempoh sembilan tahun perkahwinan mereka.

Mengikut pertuduhan pertama, Khairulhisam didakwa melakukan serangan seksual terhadap isterinya berusia 33 tahun hingga menyebabkan kecederaan di rumah mereka di Taman Kampung Padang Jaya di sini, jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Dia yang kelihatan gelisah berdiri dalam kandang tertuduh didakwa mengikut 375 A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksual tidak diingini pasangan apabila meliwat isterinya lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.

Tuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Disebabkan tertuduh sengaja mendatangkan kecederaan ketika melakukan persetubuhan dengan isterinya, selain melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendak wanita itu, Timbalan Pendakwaraya, Law Chin How membantah ikat jamin kerana bimbang keselamatan mangsa.

Khairulhisam cuba membuat rayuan membenarkan diikat jamin dengan memberi alasan dia tidak dapat menahan gelora nafsu ketika kesalahan dilakukan selain mendakwa wanita itu isterinya sendiri.

Bagaimanapun, Hassan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin hingga kes dibicarakan pada 3 Ogos ini kerana dikhuatiri dia akan mengulang perbuatan itu terhadap isterinya itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 06:02 PM | Show all posts
Halang keganasan suami
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES (WARTAWAN UTUSAN)

MESKIPUN hubungan seks dalam institusi perkahwinan suatu yang sah lagi halal namun ada kalanya pasangan tersasar jauh hingga meninggalkan nilai kasih sayang yang sebenar.

Dalam usia perkahwinan yang agak lama, tidak dapat dinafikan ada kalanya kasih sayang pasangan semakin pudar dan terhakis mungkin disebabkan gangguan beberapa faktor dalaman mahupun luaran.

Walhal kasih sayang, kelembutan, belaian antara suami isteri sepatutnya berterusan dan perlu sentiasa digilap demi menjamin kelangsungan dalam sebuah perhubungan.

Masalah kerenggangan hubungan suami isteri, tanpa disedari akan memberikan impak yang mendalam termasuklah mengganggu hubungan seksual yang harmoni dan seterusnya bakal menjejaskan kewujudan sebuah keluarga yang bahagia.

Apa yang terpancar setelah melayari kehidupan berumah tangga bersama, situasi telah pun berubah. Perasaan cinta dan sayang antara mereka semakin terhakis sehingga mewujudkan jurang yang amat ketara.

Pelbagai cara dan gaya ditunjukkan termasuklah menyakiti, memukul, mendera mental dan fizikal pasangan sehinggakan pihak yang lemah terpaksa mendapatkan perlindungan walaupun mereka pada awalnya enggan berbuat demikian demi menjaga maruah serta kepentingan bersama.

Melihatkan kesan kerenggangan hubungan suami isteri, penggubal undang-undang memikirkan ada perlunya mereka membuat pembahagian baru yang lebih spesifik berhubung definisi rogol di dalam Kanun Keseksaan agar lebih jelas lagi bersistematik.

Lantaran itu, Parlimen meluluskan satu seksyen baru iaitu Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang kini telah diwartakan iaitu suami mendatangkan kecederaan dalam usaha mendapatkan hubungan seks.

Seksyen tersebut menyatakan: Mana-mana lelaki sepanjang perkahwinan yang sah didapati mendatangkan kecederaan atau ketakutan mati atau cedera kepada isterinya atau orang lain dalam usaha mendapatkan hubungan seks dengan isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun.

Pengamal undang-undang Ariff Azami Hussein melihat penambahan dalam definisi dan hukuman rogol di bawah Kanun Keseksaan sebagai suatu langkah yang positif.

Menurut peguam itu, hukuman yang diperuntukkan di bawah kesalahan ini terutama yang melibatkan elemen keganasan, tidak cukup untuk membendung jenayah ini.

Secara peribadi, ujar Ariff, beliau berpendapat pengenalan seksyen tersebut bukanlah menjadikan marital rape (rogol dalam perkahwinan) sebagai satu kesalahan. Sebaliknya ia memperuntukkan kesalahan bagi seorang suami yang menggunakan unsur keganasan untuk mendapatkan hubungan seks.

揚ada pendapat saya, ia seolah-olah satu kategori baru bagi kesalahan mendatangkan cedera dan bukannya kategori baru bagi kesalahan rogol,拻 kata Ariff yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.

Ariff berpendapat, niat penggubal undang-undang adalah jelas iaitu biarpun hubungan seks suami isteri suatu yang halal di sisi agama, namun jika melibatkan unsur keganasan ia tetap menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama.

Dalam lain perkataan, hubungan seks suami isteri tidak salah tetapi perbuatan atau cara dalam usaha mendapatkannya itu yang menjadi satu kesalahan.

Aplikasi Seksyen 375A Kanun Keseksaan itu, menurut Ariff, seharusnya tidak mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Ia sebenarnya diwujudkan untuk menghalang suami daripada menggunakan keganasan bagi mendapatkan hubungan seks terhadap isteri sendiri ataupun mengasari isteri dalam usaha mendorong 憁angsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 11:23 PM | Show all posts
takut nya aku....tak penah rasa ar mcm ni..dan aku tak nak rasa pn takutnyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 01:08 PM | Show all posts

Balas #5 zanorba\ catat

apsal plak?

dah sah2 sex luar tabi'i itu HARAM di dalam Islam, tak kira ko laki bini ke tak...

plus, tiada paksaan di dalam Islam. Kau TAK BOLEH PAKSA orang buat ikut suka hati kau. Kalau bini taknak layan, si suami kenelah pujuk sampai bini nak layan, bukan sepak terajang paksa si bini..

bukan ke memukul isteri itu tidak dibenarkan unless it is strictly necessary?

please jangan keluarkan statement yagn mungkin akan menyebabkan orang lain salah faham terhadap Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 11:48 AM | Show all posts
tu la pasal...sampai meliwat isteri ni dah jatuh hukum haram ni...
aku ingat laki tu mesti ada ambik dadah atau byk tonton citer blue ni...

kalau x xkan sampai hati buat bini camtu..ingat toys ka bole sepak terajang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by zanorba at 14-9-2007 12:54
Kita tunggu apa kata para ulama dulu... Dalam konteks undang2 syariah mungkin x leh pakai law mcm ni!

Bcoz bila ada kes isteri melaporkan didera suami dlm bab2 sex ni, mahkamah tak alayan...sb ...


Pakcik rasa ko kena buka buku atau refer ngan mana tokoh ugama. Nabi tak mengaku umat wat kijer luar tabii ni walaupun suami isteri.. ko cek balik... dan lagi.... mendatangi isteri di luar kerelaan dia di kira zina.... ko cek bebetul..jgn bidaah sesuka hati.. ramai yg baca thread ni memacam lapisan org dan anutan...Astagfirullahalazim

[ Last edited by  pak_itam at 27-4-2009 12:51 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2009 09:41 AM | Show all posts
Suami kuat nafsu dijel 10 tahun
Oleh Zaitie Satibi
[email protected]


KUANTAN: “Apa salah seorang isteri dalam kehidupan suaminya apabila dia diheret, ditampar dan dicekik ketika melakukan persetubuhan hanya untuk melayan nafsu beberapa minit.

“Bukankah perhubungan itu sepatutnya dilayari dengan baik dan mendatangkan kepuasan kepada suami isteri,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang mekanik, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, yang didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dan meliwat isterinya yang berusia 32 tahun pada 19 April lalu.

Hakim juga berkata, isteri wajar dibelai dengan kasih sayang, bukan untuk dicederakan, justeru pasangan hidup lelaki itu berhak dilindungi daripada kekerasan suaminya.

“Keadaan saksi (mangsa) yang sebak ketika memberi keterangan dalam perbicaraan sudah cukup menggambarkan keperitan hidup dilaluinya bertahun-tahun sejak bersuamikan tertuduh.

“Namun, saksi terpaksa mendiamkan diri untuk mempertahankan rumah tangga dibina serta zuriat perempuan yang kini berusia lapan tahun,” katanya.

Hassan berkata, mahkamah memuji sikap isteri tertuduh yang sanggup mendedahkan keaibannya selepas tidak lagi mampu bertahan dengan perlakuan ganas suami sendiri.

“Walaupun pendedahan saksi ibarat membuka pekung di dada, perbuatannya akan jadi sumber inspirasi kepada wanita lain yang menghadapi masalah sama.

“Mahkamah tidak nampak mengapa tertuduh sewenang-wenangnya berbuat begitu terhadap isteri sendiri dan mengapa dia mengulangi perbuatannya walaupun sudah berjanji tidak berbuat demikian.

“Jika tertuduh berani melakukan perbuatan itu berulang-ulang, maka dia juga mesti berani menerima hukuman dikenakan,” tegasnya.

Khairulhisam menghadapi dua pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual terhadap isterinya yang bekerja sebagai setiausaha sehingga menyebabkan kecederaan pada jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja melakukan hubungan seks dan aktiviti seksual tidak diingini pasangannya apabila meliwat isteri lima minit selepas melakukan kesalahan pertama.
Dell XPSTM M1530 - With RM700 Instant Cash Redemption!


Bagi pertuduhan pertama, Khairulhisam dihukum penjara maksimum lima tahun mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hassan menetapkan hukuman bagi setiap pertuduhan kes itu yang pertama dibicarakan di negara ini membabitkan seksyen berkenaan sejak Kanun Keseksaan dipinda dua tahun lalu, berjalan serentak mulai semalam.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa mengeluarkan baju dari mesin basuh di rumah mereka apabila tiba-tiba ditarik keluar suaminya yang kemudian mengheretnya ke bilik tidur untuk melakukan hubungan seks.

Mangsa enggan melakukan persetubuhan dan meminta suami melepaskannya tetapi permintaan itu tidak diendahkan, sebaliknya dia dicekik dan ditampar serta diugut supaya menurut perintah.

Tertuduh kemudian menyetubuhi isterinya secara paksa walaupun mangsa merayu supaya dilepaskan.

Sambil tangan kirinya mencekik leher mangsa, tertuduh kemudian secara paksa melakukan seks luar tabiie terhadap isterinya tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan wanita itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:34 AM | Show all posts
giler...
binatang pun tak mcm tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 05:34 PM | Show all posts
org pompuan gak yg kenaaa....

harap2 laki dia lak kena liwat dlm penjara nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 06:11 PM | Show all posts
Hukum islam ada ke cenggini. Ada seorang kawan kerana tak setuju laki nak kawin lain dia dirogol dek lakinya dan immedietely after dia diceraikan.....:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 08:38 PM | Show all posts
Islam meletakkan martabat wanita amat tinggi
namun ada juga manusia yang tak bertamaddun akan menjadikan wanita tersebut sebagai tempat untuk mereka melepaskan nafsu
ada suami suka dengan seks ganas
masa ana buat praktikal kat Pejabat Agama Islam, ada satu kes yang melibatkan kes yang dilaporkan oleh syed tapi tulah implemantasi Jabatan Agama ni mmglah kurang, masa si isteri buat aduan, pegawai wanita yang attend tu the problem tu cuma suruh si isteri banyakkan bersabar sdgkan si isteri dah alami trauma bila berdpn dgn suami yang buas
ana pun x tahu apa jadi dgn wanita tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 01:37 PM | Show all posts
baguslah suami spt ini dihukum. kita orang pompuan jgn ambil mudah perkara2 mcm ni. gila ke apa meliwat isteri. nauzubillah & mintak dijauhkan la
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 07:03 PM | Show all posts
takutnya huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 12:22 AM | Show all posts
ad ke suami melayu yg low class mcm ni? mcm takdak tamadun je klu yg berperangai mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.094995 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list