CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: braun

PENOLONG PENDAFTAR UITM

[Copy link]
Post time 25-3-2010 02:21 PM | Show all posts
Amboi, berencik-encik laks.   Saya dh jwb melalui P.M. Saya x keje UITM, x pasti laks. saya keje kat ipta lain. Pengambilan staf prosedur lain2 bg setiap Universiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 03:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sheepeyo at 25-3-2010 15:39

samalah. aku pun dpt jgk utk jwtn tu. tp periksa apa yg kite kene wat?is it periksa masuk perkhidmatan awan gred 41 tuh?
so korang bole tgk kat link ni utk sukatan peperiksaan

http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1007322&_dad=portal&_schema=PORTAL

tp utk penolong pendaftar

http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1053357&_dad=portal&_schema=PORTAL

so kita bincanglah isu-isu global. takut naik soalan esei atau pon pengetahuan am.

pengetahuan am sangatlah lemah ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 05:11 PM | Show all posts
aku tak tahula kan iye ke idak at least bole la kot beri sedikit gambaran

tp masa dlm slip 2.30 jam je kan so maybe ada la soalan yg ada dan takde

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41

PANDUAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian.

BAHAGIAN I
Seksyen A        -        Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B        -        Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C        -        Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen D        -        Esei Bahasa Melayu
Seksyen E        -        Esei Bahasa Inggeris

BAHAGIAN II
Seksyen A        -        Sahsiah Diri
Seksyen B        -        Minat

BAHAGIAN I

Seksyen A        -        Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khasnya.

Masa        :        40 minit
Soalan        :        50

Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut

i.        Kemahiran Logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan

ii.        Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii.        Konsep Matematik
Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia.

Masa        :        45 minit
Soalan        :        40

Seksyen C- Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur dari aspek :

(i)        Kemahiran memindahkan maklumat
(ii)        Kefahaman
(iii)        Kemahiran Tatabahasa dan Kosa Kata

Masa        : 45 minit
Soalan : 40

Seksyen D- Esei Bahasa Melayu

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa        : 1 jam
Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei        : 300 hingga 500 perkataan

Seksyen E- Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa        : 1 jam
Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei        : 200 hingga 300 perkataan

BAHAGIAN II

Seksyen A – Sahsiah Diri

Seksyen ini untuk mengenal pasti profail sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.

Masa        : 40 minit
Soalan : 200

Seksyen A – Minat

Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan.

Masa : 20 minit
Soalan : 227
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 05:47 PM | Show all posts
wahh...terima kasih banyak2.....mmang bagus info ni...saya akan bagitahu BF saya tue, harap2 die lepas la...

die tolong saya, pe salah saya tolong fdie jugak kan....

kalau ade lagi tips2...bagitahu kat sini yer...boleh kite share2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 05:48 PM | Show all posts
Amboi, berencik-encik laks.   Saya dh jwb melalui P.M. Saya x keje UITM, x pasti laks. saya keje kat ipta lain. Pengambilan staf prosedur lain2 bg setiap Universiti.
zaidi_jb Post at 25-3-2010 14:21



hahah..kene la hormat, dah sah2 gred tinggi ni..... ape pon terima kasih yer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 07:49 PM | Show all posts
Format exam PP Uitm 2 berbeza ngan SPA. Tp kaishi bleh jugak kot refer post sheepeyo 2. Papehal gud luck tau. Best jadik PP ni bleh sambung belajar lpas disahkan jawatan sebb keje kat IPTA ni kuota besar sikit kalau nak further study Master/ PhD lebih2 lagi staf bukan akademik berjawatan PP.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 11:26 PM | Show all posts
nape aku x penah dipanggil interview utk mane jabatan kerajaan dan yg sewaktu dgnnye ek...

rase2nye setiap kali kuar iklan aku apply...
tp x penah sangkut...
sedey....
jeles...
marah utk org2 y ...
cutebaby5907 Post at 9-4-2008 09:19

kalau ko minat sgt keje gomen, apply le cikgu.
gi kat website kpm, www.moe.gov.my and tgk kat link pasal guru sandaran terlatih siswazah ipta.
tak silap aku memang tgh bukak offer pun skang ni.
but beware le, ade test n interview.
skian saje menyampuk utk kali ini.trima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 01:09 AM | Show all posts
Format exam PP Uitm 2 berbeza ngan SPA. Tp kaishi bleh jugak kot refer post sheepeyo 2. Papehal gud luck tau. Best jadik PP ni bleh sambung belajar lpas disahkan jawatan sebb keje kat IPTA ni kuota be ...
zaidi_jb Post at 25-3-2010 19:49


i heard the same things too. byk benefits kerja dgn ipta. tp in terms of career advancement cmne yer?  btw, i'll be sitting the same exam for pp ahad ni.. blur langsung xtau ape nak prepare..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 10:28 AM | Show all posts
Career advancement? PP lebih berpotensi untuk cepat naik pangkat sebab akan sentiasa bertukar-tukar jabatan dlm masa 3-4 tahun. Setiap jabatan dan Fakulti akan ada sekurang-nya seorang PP. Naik pangkat tu biasanya antara 7-10 tahun. Itu biasa, kerja kat Kerajaan Persekutuan pun sama juga. bergantung pada rezeki, perform cepat, naik pangkat pun cepat. Cuma PTD jer yg cepat naik pangkat. Yang pasti peluang memg terbuka luas utk memajukan kerjaya jika anda menjawat jawatan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 11:22 AM | Show all posts
29# zaidi_jb

owh.. tp skang ptd dah x mcm dulu.. dulu, yes ptd cepat naik.. nowadays, makin susah nak naik cpt.. tambah2 plak skang intake ptd dah contract 2 taun.. then kalo dpt serap tetap, service yg awal x diambil kira.. kalo x dpt tetap, extend lagiiii contract.. nak naik m48 pon at least kena service 8 taun.. dulu 4 5 taun dah leh naik m48.. and peluang nak sambung belaja tu ada, cume competition very2 tough sbb kuota x banyak.. ehh.. tercerita plak pasal ptd.. hehe.. btw, now doctor yg naik cepat..

berbalik pada pp, i think bezanya pp ngan ptd cume tangga gaji jek, beza ckit jek around rm100 kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 02:45 PM | Show all posts
oh, saya x pasti pula tntg PTD, sbb perkara tu member saya yang cakap, dulu saya ditwarkan PTD Kontrak ngan Pgwai Pnerangan (Tetap) tp saya dah tolak dua2 tu sbb ambik twaran dkt IPTA nih (berkanun). Maklumler dkt sngt ngan rumah sendiri. 15 minit perjalanan ngan kete jer. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 03:16 PM | Show all posts
saya tak pernah sit for exam untuk post Penolong Pendaftar... tapi untuk post lain 3 tahun lepas...

masa saya exam tu.. ada 3 sesi...
sesi 1 - ujian english.. kene buat karangan dalam english
sesi 2 - ujian personaliti.. nak tahu personaliti kita sesuai tak dengan keje tu...
sesi 3 - ujian untuk test samada kita ni aktif atau pasif.. atau lebih kepada komunikasi... masa ni.. depa akan pilih mereka2 yang banyak idea dan tahu bercakap.. dan kalau nak dapat markah lebih.. lebih baik cakap dalam bahasa inggeris.. kalau tak tahu.. bantai je... tak kisah.. as long as kita berani mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 07:30 PM | Show all posts
yg neh yg iklan kuar byak2 hari tuh ka??
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.161377 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list