|
Ranking Malaysia menjunam ke-161
KETIKA kebanyakan negara Asean lain mengalami proses kenaikan ranking dunia sejak kebelakangan ini, nasib Malaysia berada sebaliknya.
Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Fifa semalam, ranking Malaysia terus menjunam dari 158 kepada 161.
Berbanding dengan negara jiran, Thailand melonjak tujuh anak tangga kepada 117 manakala Singapura meningkat empat anak tangga kepada 131.
Turut mengalami situasi sama ialah Vietnam yang naik tiga anak tangga kepada 135, Indonesia pula naik tujuh anak tangga kepada 137 dan Myanmar pula jatuh dua tangga kepada 158. |
|