|
Daripada segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan 'jahala' atau kata terbitan 'jahlun' yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Ia merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dahulu di mana masyarakat mereka amat mundur daripada segi akhlak dan moral.
Entah kali ke berapa dalam bulan ini sahaja kita disajikan dengan berita seumpama ini.
Berita yang sungguh menyayat hati, menguris perasaan bagi sesiapa sahaja yang mempunyai sifat peri kemanusiaan,
akal yang waras dan sempurna serta iman yang penuh di dada.Lebih mulia dari haiwan mahupun binatang.
Masyarakat kita sebenarnya bersifat lebih buruk daripada haiwan.
Sebenarnya, sama ada kita sedari atau tidak, kita telah kembali ke zaman jahiliah.
Cuma kali ini boleh dikatakan kita berada di zaman 'jahiliah moden'.
Pada zaman tersebut, nilai-nilai moral dan kepercayaan masyarakatnya amat rendah.
Mereka bukan sahaja bodoh bahkan juga angkuh dan sesat serta tidak berakhlak.
Keadaan akhlak dan moral masyarakat Arab jahiliah amat buruk. Mereka tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan.
Seluruh Negara
kes anak luar nikah
KES 16,541 kes didaftarkan pada tahun 2008,
KES 17,303 kes didaftarkan pada tahun 2009.
KES kes didaftarkan pada tahun 2010.
KES kes didaftarkan pada tahun 2011.
dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim.
Taraf
Ada di kalangan mereka yang sanggup bertukar-tukar isteri dan ada juga yang mengahwini ibu bapa sendiri.
Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup.
Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barang dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah dalam struktur masyarakat mereka.
Ironinya, banyak yang terjadi pada zaman jahiliah itu berlaku pula kini dalam masyarakat yang dikatakan moden dan bertamadun. Bahkan kita mungkin lebih dahsyat lagi daripada mereka.
Dalam kes pembuangan bayi terutamanya, kita sememangnya sama seperti masyarakat jahiliah.
Paling tidak, mereka hanya menanam hidup-hidup atau membunuh anak-anak perempuan mereka yang terkini membakar.
Namun masyarakat kita pada hari ini tidak kira jantina anak tersebut, semuanya menjadi mangsa.
Lain-lain yang boleh boleh dilihat kes-kes sebegini iaitu:
Hospital Bersalin
Hospital Swasta
Klinik swasta (sakit puan)
Labour room Hospital (DiKuantan)
lain tempat terpencil contoh (kawasan kampung, Taman taman)
Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah apabila perzinaan berlaku secara berleluasa.
Hal ini sememangnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Angka ini sebenarnya menunjukkan betapa masyarakat kita sedang dilanda kepincangan moral dan akhlak yang amat kritikal dan dahsyat.
Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan memainkan peranan masing-masing dalam konteks dan kemampuan kita sendiri. Yang pastinya, institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan dengan penerapan nilai moral dan asas didikan agama yang teguh kerana keluarga tunjang kepada kekuatan sahsiah dan keperibadian seseorang individu.
Kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak (1Malaysia) berhubung kepincangan institusi kekeluargaan ini memang ada asasnya. Jika kita gagal memulihkan peranan institusi ini, maka kita sememangnya akan menuju kepada kehancuran dan masyarakat yang rendah nilai akhlaknya.
Semoga kita semua beroleh keampunan daripada Allah SWT dan dijauhkan dari segala azab dan musibah.
p/s: apakah langkah pencegahan dan dimana silapnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|