CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 1

[Terengganu] Maritim Terengganu lupus 131 bot dijadikan tukun

[Copy link]
Post time 19-1-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 19-1-2022 05:15 PM


Maritim Terengganu menenggelamkan empat buah bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Redang, pada Selasa. Foto- Bernama

KUALA NERUS - Sebanyak 131 bot nelayan asing yang dilucut hak telah dilupuskan dengan cara ditenggelamkan di sepanjang perairan Terengganu untuk dijadikan tukun tiruan dalam tempoh 10 tahun ini.

Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Muhammad Sufi Mohd Ramli berkata, pelupusan itu melibatkan jumlah rampasan sebanyak RM196.5 juta dan sebahagian besarnya adalah bot nelayan asing dari Vietnam.

"Tahun ini kita jangka akan dapat lupuskan 35 buah lagi bot nelayan asing yang ketika ini masih berada di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim Terengganu, PTV Zon Kemaman dan PTV Bukit Datu.

Penenggelaman bot sebagai tukun ini adalah satu inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) untuk menggalakkan biodiversiti marin serta meningkatkan pelancongan melalui aktiviti rekreasi selam skuba," katanya kepada pemberita selepas program pelupusan bot di perairan Pulau Redang, pada Rabu.

Sebanyak empat bot nelayan asing Vietnam yang ditahan dalam Op Naga Barat dan Op Kuda Laut pada 2020 dilupuskan pada kedalaman 18 meter, kira-kira satu batu nautika dari Pulau Redang.

Dalam pada itu Muhammad Sufi berkata, aktiviti pencerobohan nelayan asing yang berkurangan buat masa ini dijangka meningkat selepas musim Tahun Baharu Cina.

"Kita akan tingkatkan kawalan dan rondaan selepas musim raya Cina kerana mereka (nelayan asing) akan kembali aktif selepas mengurangkan operasi pada musim Monsun Timur Laut," katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bot-dijadikan-tukun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 12:28 PM | Show all posts
nape lh x lelong bleh buat duit...mcm kete2 singapore tu imegresen/kastam lelong juga...apsal x bakar je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.157003 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list