CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan akui pembalakan haram di HSK

[Copy link]
Post time 26-1-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode


Kota Bharu: Kerajaan negeri mengakui berlaku pembalakan haram dan penerokaan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bagaimanapun berkata pembalakan haram di negeri itu tidak begitu serius seperti negeri yang lain.

Katanya, pembalakan haram ini berlaku di seluruh Malaysia yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab namun ia tidak serius di Kelantan.

"Pembalakan haram memang ada (di Kelantan), misalnya ada orang kampung hendak buat kebun, dia hendak tanam durian, kelapa sawit, jadi dia tebang hutan simpan.

"Dari segi undang-undang memang salah menceroboh hutan simpan dan kita tidak akan bertolak ansur bila ada kesalahan kita akan ambil tindakan," katanya selepas menghadiri Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sindiket meneroka HSK secara haram dengan menanam kelapa sawit sebelum menjual tanah berkenaan pada harga rendah kepada orang ramai.

Itu antara taktik terbaru dilakukan sindiket pencerobohan HSK yang dikesan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).

Ketika ditanya dakwaan punca pembalakan haram yang menyebabkan harimau masuk ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Mohd Amar berkata, tanggapan itu tidak betul.

"Harimau masuk kampung bukan kerana penebangan hutan dan kita ada baca kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan yang sebut harimau masuk kampung sebab faktor harimau kena penyakit.

"Keadaan ini menyebabkan harimau merayau dalam kampung kerana tidak boleh mencari makanan seperti biasa. Kalau kita hendak salahkan penebangan balak, itu tidak betul.

"Banjir sikit pun nak salahkan penebangan balak. Benda itu bukan begitu," katanya.

Mohd Amar berkata, pihak Perhilitan juga kini sedang berusaha untuk memburu dua ekor harimau dan kerajaan percaya apa yang dibuat Perhilitan masalah ini boleh diselesaikan.

"Setakat semalam, Perhilitan belum dapat mengesan dua harimau yang merayau dan haiwan itu juga tidak masuk ke kampung selepas seekor daripadanya ditembak

"Kita juga menasihatkan Orang Asli supaya tidak keluar rumah dan mereka mendengar nasihat yang diberikan. Pelbagai pihak juga menghulurkan bantuan kepada Orang Asli untuk meneruskan kehidupan dan setakat ini juga kita tidak ada perancangan untuk memindahkan mereka memandangkan, penduduk di situ lebih selesa berada di kampungnya berbading lokasi baru," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.084098 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list