CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 2

[Kelantan] 'Merpati pelangi jadi tarikan kedai burung'

[Copy link]
Post time 30-1-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

TUMPAT, 30 Jan -- Peniaga burung dan ayam, Ismail Che Daud, 55, memeriksa sebahagian burung yang digelar ‘Merpati Pelangi’ yang dijualnya ketika ditemui pemberita di Simpang Tiga, Kampung Kepulau hari ini.

TUMPAT: Kelibat merpati berterbangan mungkin pemandangan biasa di kebanyakan tempat, tetapi di sekitar Cabang Tiga Kepulau di sini, gabungan biru dan merah jambu pada bulu burung itu menarik perhatian ramai.

Kawanan merpati dengan warna berbeza daripada kebiasaan yang dilepas bebas itu, ada kalanya menjadi sasaran lensa telefon pintar pengguna jalan raya yang sempat merakamkan gambar mengenai tarikan yang diusahakan pemilik premis jualan unggas berkenaan, Ismail Daud, 55.

Ismail yang mula mewarnakan burung merpati peliharaannya dengan gabungan dua warna berkenaan sejak setahun lalu, mengakui hasil kreatifnya itu menjadi tarikan pengunjung sekaligus jualan terhadap merpati agak meningkat.

Dengan hanya menggunakan penyembur kenderaan, Ismail berkata, semburan hanya dibuat terhadap merpati yang berusia sekitar dua bulan sahaja iaitu usia yang sesuai untuk dijual.


"Saya membeli merpati yang berusia sekitar sebulan dari pembekal dan ia akan dijinakkan terlebih dahulu dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

"Selepas itu baru saya akan menyembur dengan dua warna itu dengan kedua belah mata merpati ditutup dengan pelekat dan prosesnya hanya sekejap iaitu kira-kira lima minit sahaja.

"Prosesnya juga tidak sukar kerana merpati sudah jinak, namun ada kalanya perlu juga ditenangkan dan setakat ini hanya merpati serta ayam hutan yang badannya berwarna putih sahaja diwarnakan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ismail yang sudah lebih 10 tahun menternak dan menjual merpati, ayam hutan, ayam serama serta ayam batik itu, berkata sebelum menggunakan kaedah semburan kenderaan, dia sudah cuba mewarnakannya dengan pewarna air.

Selain itu, campuran kunyit juga turut digunakan namun kedua kaedah sebelum ini itu warnanya tidak bertahan lama berbanding penyembur kenderaan yang mampu kekal hingga 10 bulan.

"Saya menjual merpati ini dengan harga serendah RM30 bergantung saiz dan diakui sejak mewarnakan merpati ini, jualan sedikit meningkat," katanya.

Ketika ditanya bagaimana cara menjinakkan merpati yang dilihat berterbangan bebas di sekitar premisnya, Ismail berkata, tempoh antara dua minggu sehingga sebulan diperlukan dengan cara 'catuan' makan.

Beberapa ekor merpati berwarna yang dilepas bebas untuk dijadikan sebagai tarikan itu dilatih dengan memberi makan apabila merpati itu lapar sahaja.

"Saya latih dengan tidak memberi makan kerana apabila lapar, merpati itu akan datang sendiri kepada saya dan kaedah itu dibuat berterusan selama beberapa hari sebelum akhirnya ia menjadi jinak.

"Ada juga berdepan dengan kerugian apabila merpati yang dilepas itu terus terbang dan tidak kembali termasuk mati kerana dilanggar kenderaan tapi tidaklah banyak," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 03:36 PM | Show all posts
kesian...kena sembur cat rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 07:49 PM | Show all posts
kenapalah pi kaler kan burung2 tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047826 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list