View: 431|Reply: 0
|
[Pahang]
Ikan temelian semakin berkurangan
[Copy link]
|
|
ABDULLAH bersama ikan temelian di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok. FOTO Mohd Rafi Mamat
Jerantut: Jabatan Perikanan Pahang mengeluarkan amaran tidak menangkap ikan Temelian (probarbus jullieni) di sungai di negeri ini ketika tempoh larangan tiga bulan bermula bulan ini.
Pengarahnya Abdullah Jaafar berkata, larangan berkenaan dikeluarkan berikutan musim ikan terbabit bertelur.
Menurutnya, ikan itu yang boleh mencapai berat 25 hingga 40 kilogram (kg) kini semakin berkurangan dan tidak mustahil menghadapi risiko kepupusan jika tangkapannya tidak dikawal terutama pada musim bertelur.
Katanya, ikan temelian atau temoleh adalah spesies ikan sungai yang hanya terdapat secara bebas di sungai utama di Pahang dan Perak sahaja dan permintaan terhadap ikan berkenaan adalah tinggi walaupun harganya mahal.
"Sifat ikan temelian akan ke kawasan lubuk dan air cetek untuk bertelur secara berpasangan memudahkan nelayan darat menangkapnya hanya menggunakan jaring hanyut.
"Jabatan telah memasang papan tanda di sepanjang Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai sebagai peringatan kepada pihak berkaitan supaya tidak melakukan aktiviti menangkap ikan temelian selama tiga bulan.
"Kegiatan menangkap ikan temelian yang banyak terdapat di tiga sungai terbabit akan berleluasa setiap kali tiba musim bertelur, permintaan menggalakkan dengan harga antara RM50 hingga RM70 sekilogram merancakkan lagi aktiviti memburu ikan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program lawatan ke Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Akuakultur Koperasi Tunas Lada dan Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar Zam Aquatic, di sini, semalam.
Menurut Abdullah, mengikut peraturan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Pahang, individu yang menangkap ikan temelian dalam tempoh larangan (Februari-April) boleh dikenakan kompaun hingga RM5,000 dan peralatan menangkap ikan mereka dirampas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|