CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

[Pahang] Tak pernah dapat patin muncung lebih 10 tahun

[Copy link]
Post time 13-2-2022 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Sungai Pahang yang menawarkan pelbagai jenis spesies ikan namun didakwa lebih 10 tahun spesies patin puncung tidak ditemui nelayan. (Gambar kecil: Adam, Kamarulzaman,Zaimie )

TEMERLOH - Nelayan sungai di negeri ini mendakwa sudah lebih 10 tahun spesies ikan patin muncung gagal ditangkap oleh mereka hingga kini.

Ia berikutan tawaran Jabatan Perikanan Pahang menerusi Pengarahnya, Abdullah Jaafar mengumumkan jabatan itu sedia membeli patin muncung hidup untuk dijadikan induk pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa.

Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok (PPAP), Jerantut sudah lama berusaha untuk mendapatkan ikan spesies berkenaan bagi dijadikan induk namun hingga kini tidak berjaya dan harga terkini spesisi itu di pasaran mencecah RM500 sekilogram.

Zaimie Pie, 53 dari Tanjung Batu di sini mendakwa, spesies itu sudah tidak pernah ditemui sepanjang dia melakukan aktiviti tersebut di sepanjang Sungai Pahang lebih 10 tahun lalu.

"Seingat saya kali terakhir dapat tahu ada orang dapat patin muncung pada 2010 dan selepas itu tidak pernah ada berjaya bawa naik tangkapan spesies itu.

"Kalau masa kecil, muda dulu memang pernah merasa dan tangkap spesies ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, rasa isi ikan tersebut yang lebih sedap menyebabkan ia menjadi buruan dan digemari masyarakat.

"Kalau patin buah memang boleh dapat lagi hingga sekarang dan memang ramai yang sudah dapat hasil tangkapan spesies tersebut," jelasnya etok menjadi makanan patin muncung selain beratnya boleh mencecah hingga 18 kilogram.

Bagi Kamarulzaman Pie, 66 pula memberitahu, berbeza pada era 70-an, spesies itu mudah diperolehi.

"Dulu harga ikan Sungai Pahang tidak mahal macam sekarang dan saya sendiri pun tidak tahu kenapa spesies patin muncung seperti pupus pada masa ini," jelasnya.


Ikan patin yang sudah disejuk beku oleh Kamarulzaman yang disifatkan masih boleh diperoleh berbanding patin muncung.

Seorang lagi nelayan, Mohd Nor Hakim Jamian, 27 dari daerah ini juga mendakwa sepanjang dia bergelar nelayan sungai lebih 10 tahun tidak pernah berjaya menangkap spesies tersebut.

"Saya menyokong usaha jabatan tersebut namun memang saya tidak pernah dapat lagi spesies ini," tegasnya.

Dalam pada itu, nelayan sungai di Jerantut Feri dekat Jerantut, Adam Idrus Husin, 60 memberitahu, kemungkinan faktor air sungai yang kurang 'cantik' menjadi faktor spesies itu sukar ditemui pada masa ini.

"Kalau zaman muda dulu, rasanya boleh dapat hingga tiga ekor ikan patin muncung sehari," ujarnya bergelar nelayan sungai sejak remaja lagi.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... cung-lebih-10-tahun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.227717 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list