CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Kelantan] Bimbang sindiket nikah kembali aktif bila sempadan dibuka

[Copy link]
Post time 15-2-2022 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai: Aktiviti pernikahan menggunakan khidmat sindiket di negara jiran dibimbangi meningkat sekiranya pintu sempadan negara dibuka dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, berikutan itu pihaknya mahu menasihatkan pasangan untuk bernikah mengikut syarat ditetapkan.

Menurutnya, tindakan bernikah menggunakan khidmat sindiket di negara jiran adalah menyalahi undang-undang negara.

Katanya, keraguan mengenai keabsahan taraf perkahwinan juga timbul jika menggunakan khidmat sindiket, selain mendatangkan masalah dari segi pengeluaran surat beranak dan pendaftaran persekolahan anak-anak pada masa depan.

"Kebenaran membuka sempadan negara kelak perlu digunakan sebaiknya bukan dengan menyumbang kepada jumlah kes perkahwinan menggunakan sindiket haram yang sememangnya ditegah kerajaan.

"Perkahwinan adalah sesuatu yang baik. Justeru, gunalah saluran sebetulnya untuk membina masjid yang tidak mendatangkan masalah kepada semua pihak.

Ahmad Marzuk (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada salah seorang anak asnaf di

"Kita juga bertanggungjawab untuk tidak menyokong khidmat sindiket nikah yang dijangka aktif sebaik sempadan dibuka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas penyampaian sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2022 Kawasan Kuala Krai di Manek Urai Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berharap agihan wang pampasan kepada jemaah yang terpaksa menangguhkan ibadah umrah susulan penangguhan sementara memberi kelegaan kepada mereka.

"Jemaah yang menerima wang berkenaan dinasihatkan membuat akaun Tabung Haji susulan ada dalam kalangan mereka masih belum berbuat demikian," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.080216 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list