CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Terengganu] Gajah ceroboh ladang ternakan lembu

[Copy link]
Post time 20-2-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode

KESAN kerosakan di ladang berkenaan. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Dua penternak lembu di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di sini, kerugian RM30,000 selepas sekumpulan gajah menceroboh ladang dan merosakkan tanaman rumput Napier.

Penternak, Abdul Wahab Mohd Amin, 60, berkata, selain merosakkan struktur pagar ladang, kumpulan gajah terbabit turut memusnah tanaman rumput yang diusahakan seluas 240 hektar.

"Kejadian itu berlaku pada hari khamis lalu dan ini kejadian serangan pertama kali berlaku sejak empat tahun kami mengusahakan ternakan lembu di sini.

"Sebelum ini, kumpulan gajah ini hanya melalui kawasan ini dan mungkin dalam hutan sudah ketiadaan makanan, maka gajah itu menceroboh masuk ke sini," katanya.

Menurutnya, kesan serangan gajah itu menyebabkan penternak bimbang akan keselamatan 200 lembu ternakan mereka di situ.

"Apabila kawasan pagar sekeliling dirosakkan gajah, kami bimbang lembu ternakan dibaham binatang liar lain seperti harimau kumbang dan sebagainya," katanya.

Katanya, mereka berharap, suatu tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkaitan dalam menangani masalah itu.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurutnya, pihaknya juga akan maklumkan kepada agensi lain iaitu Jabatan Veterinar dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Kita percaya agensi itu dapat membantu bagi meringankan beban kepada mereka yang terbabit," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048168 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list