CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

[Johor] Rezeki peniaga bertambah selepas buka sempadan

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode

NURLINA Muhamad (kiri) bersama ratusan balang kuih raya yang dijual kepada pengunjung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di Angsana Mall Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU: Tidak cukup tangan. Itu reaksi seorang peniaga kuih dan biskut raya di pusat beli-belah Angsana Mall Johor Bahru, di sini yang bersyukur dengan perkembangan positif perniagaan mereka sejak awal bulan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pemilik 2 Nine Fresh Food, Nurlina Muhamad, 37, berkata, sejak pembukaan sempadan antarabangsa pada 1 April lalu dan peralihan kepada fasa endemik ia telah memberi nafas baharu kepada peniaga sepertinya.

“Alhamdulillah, sejak sempadan dibuka jualan kuih raya saya di sini mendapat sambutan yang amat tinggi terutama daripada pelanggan warga Singapura yang membeli-belah di Angsana Mall pada hujung minggu.

“Masa pandemik selama dua tahun lalu, perniagaan kuih saya merosot teruk dan tahun ini hasil jualan sejak sempadan dibuka dan peralihan kepada endemik sudah meningkat kepada 80 peratus,” katanya ketika ditemui.

Nurlina yang mula berniaga di situ sejak empat tahun lalu berkata, mereka kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan melonggarkan pergerakan orang ramai serta pembukaan sempadan Johor-Singapura.

Menurutnya, dia menjual lebih 100 jenis kuih termasuk kerepek dan jeruk yang bermula dengan harga RM10 hingga RM38.

Sementara itu, seorang peniaga baju Melayu, Wan Asri Nazir, 29, turut bersyukur apabila butiknya kembali mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung yang datang ke pusat beli-belah itu.

Butik pakaiannya yang menjual sepersalinan lengkap baju tradisional dengan harga mampu milik itu juga mengalami peningkatan ketara sehingga 60 peratus hanya selepas seminggu berpuasa berbanding keadaan suram akibat Covid-19 dahulu.

“Ini merupakan tahun kelima saya berniaga di sini dan berharap dengan pembukaan sempadan dan peralihan ke endemik, orang ramai terus mematuhi prosedur dan peraturan bagi mengelak jangkitan yang berpanjangan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... epas-buka-sempadan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.157414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list