CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 2

[Negeri Sembilan] Suami diserang angin ahmar, sekeluarga tiada pendapatan

[Copy link]
Post time 20-4-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode

ANIZA di sisi suaminya Raja Mazurin yang diserang angin ahmar dan sakit jantung. Foto Mohd Amin Jalil.

Seremban: Penderitaan dialami seorang pengawal keselamatan yang menghidap lemah jantung selain diserang angin ahmar sejak 2019 menyebabkan keluarganya kini dihimpit kemiskinan kerana hilang sumber pendapatan.

Aniza Zainuddin, 43, berkata, suaminya, Raja Mazurin Raja Mazlan, 53, kini tidak lagi bekerja selepas menghidap lemah jantung pada 2019 sebelum diserang angin ahmar awal tahun lalu.

Ibu kepada dua anak berusia 16 dan 17 tahun itu berkata, berikutan itu suaminya terpaksa berhenti kerja dan kini terlantar di rumah sewa di Kampung Pantai di sini.

"Sejak suami tidak bekerja, kami hanya bergantung bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain barangan dapur dan RM480 daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

"Saya perlu memantau keadaan suami kerana dia tidak boleh bergerak dan memerlukan perhatian menyebabkan saya tiada ruang untuk membantu mencari nafkah," katanya.

Terdahulu, Aniza menerima bantuan katil sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) yang disampaikan Pengarah ICU Negeri Sembilan Roslan Nong.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban Zool Amali Hussin.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Aniza di talian 011-11892418.

Aniza berkata, walaupun berhadapan dugaan dan pada masa sama perlu menguruskan persekolahan dua anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang, namun sokongan pelbagai pihak membantunya berhadapan kesusahan itu.

Menurutnya, sebelum ini dia menyewa di Senawang tetapi disebabkan tidak mampu membayar sewa yang tinggi, mereka berpindah ke Kampung Pantai dengan kadar sewa yang lebih rendah.

"Saya juga perlu menghantar kedua-dua anak ke sekolah yang jaraknya kira-kira 30 kilometer.

"Namun, saya bersyukur kerana ramai yang sudi membantu," katanya yang berdoa suaminya pulih.

Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya akan berusaha membantu keluarga terbabit untuk mendapatkan rumah kekal seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Kita akan teliti dulu latar belakang keluarga ini dan bagaimana kita boleh membantu mendapatkan kediaman kerana mereka tiada rumah selain tiada pendapatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-tiada-pendapatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:16 PM | Show all posts
Allahu ramai yang lebih susah dari kita..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.168414 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list