View: 444|Reply: 0
|
[Johor]
Polis boleh tahan orang disyaki
[Copy link]
|
|
Tular video lelaki yang disyaki diperiksa anggota polis. FOTO TULAR
Johor Bahru: Pegawai dan anggota polis mempunyai kebenaran untuk menahan mana-mana individu dan memeriksa kad pengenalan mereka ketika bertugas.
Ia susulan sebuah rakaman video tular di media sosial berhubung pemeriksaan yang dijalankan anggota polis terhadap seorang lelaki di Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kebenaran itu tertakluk di bawah Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959.
"Pada jam 5.50 petang semalam, anggota ronda cegah jenayah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap seorang individu yang menaiki kereta Hyundai Elantra di Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah.
"Individu berkenaan juga dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut dan dibebaskan sejurus selesai pemeriksaan yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Rupiah, orang ramai diminta untuk berhati-hati dan berhemah dalam memberikan komen atau menularkan cerita tanpa kesahihan di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahan-orang-disyaki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|