CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Pahang] Pemandu e-hailing, penghantar makanan disaran sertai Rakan Cop

[Copy link]
Post time 18-5-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Wan Mohd Zahari mendekati sebahagian penghantar makanan ketika Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jalan Raya bersama Pemandu dan Penghantar Makanan E-hailing pada Rabu.

KUANTAN - Pemandu e-hailing dan penghantar makanan di daerah ini disaran menyertai Rakan Cop bagi memperkasakan peranan mereka sebagai mata dan telinga pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kerjasama itu dilihat dapat membantu pihak polis khususnya dalam penyaluran maklumat berhubung salah laku jenayah di daerah ini.

Menurutnya, usaha ke arah itu sedang dirangka termasuk meminta pihak syarikat e-hailing menyenaraikan pemandu dan penghantar makanan yang aktif untuk diajak menyertai Rakan Cop.

"Saya difahamkan lebih 1,000 pemandu dan penunggang e-hailing yang berdaftar di daerah ini di mana lebih 500 yang aktif.

"Sekiranya mereka bersedia untuk menyertai Rakan Cop, saya yakin langkah itu dapat membantu polis dalam aspek pencegahan jenayah di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jalan Raya bersama Pemandu dan Penghantar Makanan E-hailing di hadapan sebuah pusat beli belah di sini pada Rabu.

Sebelum itu, beliau turut hadir pada Program Perjumpaan dan Sesi Dialog bersama Pengurus Penghantar Makanan dan E-Hailing Daerah Kuantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Wan Mohd Zahari berkata, program tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada golongan itu terhadap pematuhan kepada peraturan jalan raya khususnya dalam beberapa kesalahan yang dikenal pasti kerap dilakukan terutama tidak berhenti di lampu isyarat merah.

"Pada masa yang sama ia juga bagi memastikan perkhidmatan e-hailing di daerah ini tidak disalahgunakan bagi tujuan jenayah dan pengedaran dadah.

"Setakat ini, tiada kes salah laku jenayah melibatkan golongan itu, namun ada kes saman dikeluarkan kepada penghantar makanan e-hailing ini atas kesalahan lalu lintas terutama tidak berhenti di lampu isyarat merah," katanya.

Katanya, walaupun kes direkodkan tidak begitu serius, langkah proaktif telah diambil atas faktor keselamatan kepada mereka dan juga pengguna jalan yang lain.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-sertai-Rakan-Cop
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list