CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Terengganu] Candat sotong meriah di pantai Terengganu

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN pemancing berkumpul di kawasan benteng pemecah ombak di Pantai Rhu Renggeh, Chendering, Kuala Terengganu bermula pukul 7 malam untuk mencandat sotong jarum. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

   

KUALA TERENGGANU: Suasana malam di pesisir pantai di negeri ini bertukar meriah dengan aktiviti mencandat sotong jarum.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kumpulan pemancing seramai lebih 20 orang sudah mula berkumpul seawal pukul 7 malam di beberapa lokasi lubuk hidupan marin berkenaan.

Antara lokasi itu ialah Pantai Rhu Renggeh di Chendering di sini diikuti Pantai Pandak, Pantai Tok Jembal dan Pantai Seberang Takir.

Seorang pemancing, Shahzlan Azrdy Puchok@Mohamad, 24, berkata, aktiviti mencandat adalah tradisi tahunan keluarganya setiap kali musim sotong tiba.

Katanya, dia bersama bapa saudara dan sepupu lazimnya mencandat pada waktu malam di tepi pantai selepas masing-masing tamat bekerja.

“Musim sotong biasanya bermula dari hujung April hingga September ini tetapi saya tidak mencandat di tengah laut, sebaliknya cuma di tepi pantai disebabkan faktor masa.

“Tempoh mencandat tidak lama, kira-kira dua jam sahaja dan setakat ini jumlah tangkapan tertinggi pernah direkodkan kalangan pemancing lain adalah sebanyak sembilan kilogram sotong jarum,” katanya baru-baru ini.

Shahzlan Azrdy berkata, walaupun berada di musim sotong, ada ketikanya dia pulang dengan tangan kosong berikutan faktor air, arus dan angin yang menjadi cabaran kepada aktiviti mencandat.

Katanya, peralatan yang diperlukan untuk mencandat di pesisir pantai ialah joran dan kekili selain umpan candat serta lampu UV.

“Habitat sotong adalah di celahan batu dan batu karang sama ada di tengah laut atau di pesisir pantai,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -pantai-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.318092 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list