CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Pahang] Cubaan individu usahakan kebun Musang King digagalkan

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Jengkaut yang ditemui dalam dalam tanah kerajaan di Sungai Rengat Mukim Ulu Cheka. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Jerantut: Impian individu untuk mengusaha kebun durian Musang King secara haram di kawasan tanah kerajaan di Sungai Rengat Mukim Ulu Cheka di sini, tidak menjadi kenyataan apabila terlebih dahulu dikesan pihak berkuasa.

Kegiatannya itu dikesan hasil intipan yang dilakukan anggota Unit Penguat Kuasa Barat (UPKB) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) pada kelmarin.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) JPNP Shahril Mohamad berkata, ketika serbuan dilakukan pihaknya menemui seorang lelaki berusia 57 tahun yang sedang membersihkan kawasan hutan terbabit menggunakan jengkaut warna biru muda.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan yang dibersihkan seluas kira-kira 30 hektar merupakan tanah kerajaan yang terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Jerantut Tambahan.

"Siasatan mendapati individu yang terbabit dengan kegiatan berkenaan turut menebang beberapa pokok balak, kita menemui 18 tual balak spesies meranti dan sesenduk yang sedia untuk dipindahkan.

"Difahamkan, kawasan berkenaan diteroka untuk dijadikan kebun durian Musang King dan tanaman kontan lain oleh seorang individu tempatan," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut membuat semakan kawasan Hutan Simpan Jerantut Tambahan bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Shahril berkata, pihaknya bertindak menyita jengkaut dan balak yang ditemui di kawasan terbabit, Pejabat Hutan Daerah (PHD) Jerantut kini memantau jentera dan balak.

"Kita akan memastikan kegiatan menceroboh kawasan hutan simpan dan tanah kerajaan di negeri ini tidak terus berlaku.

"Tindakan tegas menanti individu yang melakukan kesalahan menceroboh hutan simpan mengikut Akta Perhutanan Negeri 1984," katanya yang berharap masyarakat dapat bekerjasama memberi maklumat kegiatan menceroboh hutan secara haram.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-king-digagalkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034305 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list