View: 328|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pengawal keselamatan didakwa cabul murid
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 21-5-2022 01:31 PM
Kota Bharu: Tidak ada taska di Kelantan yang ditutup disebabkan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata, jangkitan kes HFMD di taska yang berdaftar dengan pihaknya masih terkawal dan semuanya beroperasi seperti biasa.
Menurutnya, ia juga disebabkan ibu bapa atau penjaga yang mengambil tindakan awal dengan membawa anak-anak mereka yang dikesan mempunyai gejala ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
"Selain itu, penjaga juga segera mengasingkan anak-anak mereka untuk menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Langkah ini menyebabkan tidak ada penularan kes HFMD sekali gus dapat dikawal daripada menjangkiti kanak-kanak lain.
"Namun, saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga yang menyedari anak-anak yang mempunyai gejala penyakit supaya segera membawa mereka mendapatkan rawatan dengan pegawai perubatan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, rawatan awal dapat mengelakkan anak-anak daripada dijangkiti gejala yang lebih teruk.
Menurutnya, disebabkan kes HFMD yang dilaporkan meningkat di seluruh negara, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjaga kebersihan anak-anak.
"Langkah ini dapat mengelakkan anak-anak daripada dijangkiti HFMD," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tup-disebabkan-hfmd |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|