CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Pahang] Penjawat awam ditahan terlibat kes samun

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penjawat awam ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Bandar Putri, Sungai Soi, pada Jumaat. - Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang penjawat awam ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Bandar Putri, Sungai Soi di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di sekitar Sungai Soi oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, jam 9.20 malam.

Menurutnya, penahanan suspek sekali gus menyelesaikan satu kes samun yang dilaporkan berlaku pertengahan bulan ini.

"Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang rekod lampau berkaitan jenayah, namun positif dadah jenis methamphetamine.

"Tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua beg tangan wanita dan beberapa dokumen pengenalan diri milik suspek dirampas.

"Turut dirampas 14 helai pakaian dalam wanita, 15 helai baju dan seluar wanita, sepasang telekung, tiga helai tudung dan satu anak tudung yang dijadikan sebagai topeng muka oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Wan Mohd Zahari menjelaskan, modus operandi digunakan dengan melakukan jenayah samun secara bersendirian dengan cara memecah masuk ke dalam rumah.

"Selepas memasuki rumah mangsa, suspek akan menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat sebelum melakukan samun.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat," katanya.

Katanya, suspek direman bermula Sabtu hingga 27 Mei ini bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihati semua masyarakat di Kuantan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada kerana penjenayah sentiasa mencari ruang serta peluang untuk melakukan kegiatan jenayah.

"Lapor kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan anda.

"Masyarakat diingatkan supaya mendapatkan maklumat tepat daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan keadaan panik dan mengurangkan kegusaran tentang sesuatu kejadian jenayah," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -terlibat-kes-samun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037527 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list