CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Terengganu] Tidak lagi berteduh di 'reban ayam'

[Copy link]
Post time 22-5-2022 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Izzat (dua, kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada Hashim di Kampung Beris Baru, Kuala Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Jertih: Selepas tujuh tahun berteduh di rumah yang dikelilingi reban ayam, tahun ini dianggap rahmat besar buat Hashim Hamzah apabila menerima sebuah rumah baharu di bawah projek Rumah Asnaf Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem) Malaysia.

Jika selama ini Hashim, 61, tinggal dalam keadaan serba daif, kini dia mampu tersenyum lebar dapat mendiami rumah yang jauh lebih selesa dengan dilengkapi kemudahan asas bekalan air dan elektrik.

Hashim berkata, bantuan rumah baharu itu juga menjadi hadiah Aidilfitri paling bermakna baginya tahun ini selepas bertahun-tahun beraya dalam pondok.

"Jika diikutkan pondok yang saya diami itu juga pernah dijadikan reban ayam tetapi rakan membenarkan saya membaiki tempat itu untuk dijadikan tempat tinggal.

"Kini, hidup saya berubah dengan pemberian rumah baharu ini, saya sangat berterima kasih," katanya ketika ditemui, hari ini.

Majlis ringkas penyerahan kunci rumah kepada Hashim turut dihadiri Pengurus Besar Muszleem Norhanis Abdul Basir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Domestik Muszleem, Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, kos pembinaan rumah itu berjumlah RM40,000.

"Projek pembinaan rumah baharu itu dilaksanakan pada Februari dan siap sepenuhnya pada April lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... teduh-di-reban-ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list