CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 1

[Pahang] Budak tiga tahun hilang semasa jamuan raya

[Copy link]
Post time 29-5-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri. FOTO ihsan PDRM

Kuantan: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri Ali, 50, dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Siti Nur Athhiyya Soffea adalah anak tunggal dan memakai baju kurung merah di majlis itu.

"Bapa kanak-kanak itu memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.

"Kali terakhir dia menyedari anaknya masih ada pada 11.15 malam dan ketika itu masih ada kenalan berhari raya.

"Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 3.23 pagi.

"Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Katanya, SAR mangsa digerakkan sejak awal pagi kerana terdapat kemungkinan kanak-kanak itu jatuh dalam sungai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -semasa-jamuan-raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 02:55 PM | Show all posts
cuai bapa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.185035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list