CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Tempatan] Subsidi ayam RM1.1 bilion bukti komitmen kerajaan bantu rakyat

[Copy link]
Post time 2-7-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode

Subsidi ayam RM1.1 bilion bukti komitmen kerajaan bantu rakyat



AHMAD Hamzah (kanan) menyampaikan cenderamatai kepada bekas Pengurus Besar PPK Kuala Langat, Shakran Shamsuddin dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS


  • Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
  • 2 Julai 2022, 5:51 pm


KUALA LANGAT: Kerajaan Keluarga Malaysia mengulangi komitmen tidak berbelah bagi untuk membantu mengurangkan kos hidup rakyat, terutama dalam memastikan isi rumah mampu menjadikan ayam dan telur sebagai makanan harian.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, ini dibuktikan dengan pemberian subsidi bagi bekalan ayam sebanyak RM1.1 bilion kepada semua penternak sejak Februari hingga Ogos ini.

“Keputusan kerajaan memperuntukkan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard kepada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung mulai kelmarin membuktikan kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Kerajaan memahami budaya permakanan rakyat Malaysia yang amat gemar memakan ayam maka subsidi kita teruskan,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, hari ini.

Kelmarin, Kabinet memutuskan tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung mulai 1 Julai lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung.

Ahmad berkata, penetapan harga siling ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram dianggap memadai dan ia diputuskan secara teliti selepas sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk golongan penternak sebelum harga silingn dimuktamadkan.

Katanya lagi, harga siling terbabit juga wajar selepas kerajaan memberikan subsidi kepada penternak sebanyak RM1.20 bagi setiap kilogram (kg) dengan keseluruhan jumlah subsidi ditanggung bermula hari ini hingga 31 Ogos sebanyak RM369 juta.

“Sebelum ini kerajaan juga memperuntukkan subsidi sebanyak RM1.40 bagi setiap kg kepada penternak ayam dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM725 juta bagi tempoh April hingga Jun lalu,” ujarnya. – UTUSAN





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041416 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list