CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 1

[Tempatan] 10 pemimpin PH dipanggil Isnin ini

[Copy link]
Post time 2-7-2022 06:30 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Seramai 10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat.

Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

“Siasatan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan difahamkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Peguam-peguam KANUN akan mengiringi pimpinan yang akan hadir ke IPD Dang Wangi pada hari Isnin jam 10 pagi untuk memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, hampir 100 orang menghadiri himpunan aman yang bermula jam 2 petang sebelum disuraikan oleh anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.


Turut hadir pada himpunan itu termasuk Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah, Faiz Fadzil.

Pada himpunan itu, Amanah memberikan tempoh 11 hari kepada kerajaan untuk menunaikan tiga tuntutan bagi mengatasi isu kenaikan harga.

Pengarah Biro Mobilisasi dan Biro Pengguna Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, tiga tuntutan itu adalah mengembalikan subsidi makanan yang dipotong oleh kerajaan, menghapuskan sistem permit import (AP) makanan dan menuntut kerajaan mengadakan satu sidang khas Parlimen. -Sinar Harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 06:31 PM | Show all posts
sendiri berhimpun

sendiri salahkan UMNO

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039744 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list