CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 0

[Tempatan] Suami isteri terlibat kemalangan kini hilang punca pendapatan

[Copy link]
Post time 2-7-2022 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-7-2022 03:59 AM


Suami isteri terlibat kemalangan kini hilang punca pendapatan


KEADAAN Sihabur dan isterinya, Nor Asma bersama ibu mentuanya, Norinsam serta anak-anaknya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah mereka di Kampung Jijan, Nilai, semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI


  • Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
  • 2 Julai 2022, 6:13 pm


SEREMBAN: Sepasang suami isteri di Kampung Jijan, Nilai dekat sini hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga selepas pasangan itu terbabit dalam kemalangan berasingan  baru-baru ini.

Sihabur Rahman, 51, dan isteri, Nur Asma Ismail, 39, mengalami patah tangan dan bahu yang menyebabkan  mereka tidak dapat bekerja.

Sihabur yang bekerja sebagai pemotong rumput terbabit dalam kemalangan pada 24 Jun lalu selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta di bulatan Kota Seriemas, Nilai

Nur Asma, wanita orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu pula terlibat dalam kemalangan pada 13 April lalu selepas dilanggar  sebuah kereta ketika menghantar anaknya menaiki van sekolah.

Disebabkan kejadian menimpa mereka, kini ketiga-ketiga anak pasangan itu yang berusia satu  hingga sembilan tahun dijaga oleh ibu Nur Asma iaitu Norinsam Abdurahman, 66, yang juga tidak berapa sihat kerana menghidap angin ahmar.

Sihabur memberitahu, sebelum ini, dia mampu memperoleh pendapatan RM1,500 sehingga RM2,000 sebulan, tetapi kini terpaksa bergantung kepada bantuan.

“Akibat kemalangan ini, saya dan isteri tidak boleh menguruskan anak kami dan dua daripada mereka  juga sudah tidak bersekolah selama sebulan. Mereka berdua juga kadang kala terpaksa menguruskan adik yang berusia setahun.

“Ibu mentua saya sudah uzur kerana keadaan penyakitnya itu dan tidak mampu menjaga anak-anak kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, dia berterima kasih kepada bantuan penduduk, masjid Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jijan.

“Pihak PIBG juga akan membantu menghantar anak-anak saya ke sekolah secara bergilir-gilir,” katanya lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MPPK Kampung Jijan, Mohd. Shaufiq Taslim, 37, memberitahu, pihaknya juga sudah memberikan bantuan bagi membantu meringankan beban dihadapi keluarga terbabit.

“Kami juga turut menguruskan permohonan bantuan secara bulanan daripada pihak Baitulmal melalui amanah zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)untuk isterinya yang berstatus OKU,” kata beliau.

Nasib dihadapi keluarga ini telah mendapat perhatian pihak Baitulmal yang menziarahi dan memberikan bantuan wang tunai segera serta barangan keperluan dapur.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN)  bernombor 0510541100044339 atas nama Sihabur Rahman. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042913 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list