CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Terengganu] Ribut kedua landa Kuala Besut selepas Aidiladha lalu

[Copy link]
Post time 24-9-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meninjau lokasi rumah dilanda ribut sekitar Kuala Besut. FOTO NURUL FATIHAH SULAINI

Besut: Lebih 30 rumah di beberapa kampung sekitar Kuala Besut di sini, selepas dilanda ribut, petang semalam.

Kampung yang terbabit dalam kejadian 5 petang itu adalah Kampung Nail, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Pachakan dan Teluk Bayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, kejadian menyebabkan 11 rumah rosak teruk terutama bahagian bumbung yang tercabut diterbangkan angin kencang.


"Kejadian ribut kali ini lebih teruk berbanding malam Aidiladha lalu tetapi jumlahnya tidak sebanyak sebelum ini," katanya ketika meninjau lokasi ribut sekitar Kuala Besut, hari ini.

Zaihan berkata, pihaknya termasuk Pejabat Parlimen Besut, Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan akan membantu mangsa terbabit.

Sementara, seorang mangsa, Roslan Mohamad, 61, berkata, dia sempat melaungkan azan ketika ribut berlaku.

"Waktu kejadian saya berada di halaman rumah dan sempat melihat langit gelap serta angin kencang dari arah laut.

"Dalam keadaan panik saya melaungkan azan. Bila azan, atap mula tercabut satu persatu sehingga habis azan baru keadaan ribut kembali reda," katanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Suhaizak Mohamad @ Mohd Nor, 44, berkata, dia bersama isteri sempat berlari ke rumah jiran untuk berteduh.

"Bumbung tercabut ke belakang rumah, syukur kami selamat dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Pada 10 Julai lalu, kira-kira 140 keluarga menjadi mangsa apabila rumah mereka rosak akibat dibadai ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... epas-aidiladha-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list