View: 239|Reply: 0
|
Hamilton lebih baik dari Schumacher, Senna
[Copy link]
|
|
HAMILTON lebih banyak mendapat petak hadapan berbanding Schumacher atau Senna. -FOTO AFP
London: Pengulas Formula Satu (F1), Murray Walker pernah berkata bahawa Lewis Hamilton adalah pelumba yang lebih baik berbanding Michael Schumacher atau Ayrton Senna kerana dia seorang pelumba yang 'bersih'.
Pengulas legenda, yang meninggal dunia pada 2021 pada usia 97 tahun itu, menonton ratusan perlumbaan F1 sepanjang lapan dekad.
Tetapi Walker mendedahkan pada 2020 bahawa juara dunia tujuh kali itu adalah terbaik kerana dia tidak pernah menggunakan taktik kotor untuk memenangi perlumbaan.
Schumacher dan Senna mempunyai rekod buruk semasa kerjaya mereka, tetapi Walker mendakwa Hamilton adalah "bersih seperti wisel."
Bercakap tentang Hamialton, dia berkata: "Nah, orang berkata kepada saya, 'Siapa yang paling hebat?', dan saya selalu berkata, 'Lihat, saya fikir ia adalah mustahil untuk mengatakan, kerana pemandu, litar dan kereta adalah berbeza. '.
"Saya pernah berkata Juan Manel Fangio. Namun Lewis Hamilton juga hebat kerana melihat dari segi statistik, dia sudah mendapat lebih banyak petak daripada Schumacher.
"Ini pendapat saya Lewis lebih baik daripada Schumacher atau Senna kerana kedua-dua mereka, Schumacher dan Senna, mengamalkan taktik pemanduan yang boleh dipertikaikan pada pelbagai masa dalam kerjaya mereka."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ri-schumacher-senna |
|
|
|
|
|
|
| |
|