CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu 2 individu memiliki kad pengenalan sama sudah lama selesai

[Copy link]
Post time 21-6-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Putrajaya: Dakwaan terdapat dua individu yang memiliki nombor kad pengenalan sama didapati tular kembali menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp sedangkan kes itu berlaku pada 2020 dan telah lama selesai.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemilik MyKad itu masih lagi memegang nombor kad pengenalan berkenaan serta masih berdaftar sebagai pemilih.

"Siasatan ketika itu mendapati kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan terdapat kesilapan semasa proses mendaftarkan nombor telefon dengan pihak syarikat telekomunikasi, dan kedua-dua individu tersebut didapati memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza dalam sistem JPN," menurut kenyataan itu, hari ini.

JPN memaklumkan warganegara Malaysia hanya akan diberikan dengan satu nombor kad pengenalan 12 digit yang unik dan nombor berkenaan dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.

"JPN tidak pernah mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada individu berbeza," jelas jabatan itu yang menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang tidak benar.

Sebelum ini, tular perkongsian seorang individu menerusi media sosial tentang isu kad pengenalan anaknya tidak boleh digunakan bagi penukaran talian Digi ke Celcom kerana didapati sama dengan individu lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sudah-lama-selesai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.145939 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list