CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

'Selamat tinggal' gelaran Raja Bukit - Aiman

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode

AIMAN sukar pertahan gelaran Raja Bukit. FOTO ASWADI ALIAS

Baling: Harapan pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff untuk mempertahankan gelaran Raja Bukit pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 boleh dikatakan sudah berakhir selepas tamat perlumbaan peringkat ketiga dari Jeli ke Baling, hari ini.

Menurut Aiman yang menyarung Jersi Polka Dot pada saingan hari pertama Sabtu lalu berkata, kedudukan mata dengan pendahulu ketika ini dari pasukan Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud yang menawan tiga zon pendakian di Jeli, Puncak Titiwangsa dan Sri Banding kini seakan sukar untuk digugat.

"Hari ini, semua pelumba cuba untuk mendapatkan mata. Bukan saya sahaja nak dapatkan (mata) dan semuanya mencuba. Saya sudah melakukan yang terbaik tetapi semua pelumba dari Eropah memang dari awal bergerak secara agresif," katanya.

Pellaud mendahului kedudukan keseluruhan dengan 20 mata, manakala Luca Covili dari pasukan Green Project-BardianiCSF-Faizane berada di kedudukan kedua, 12 mata.

Rakan sepasukan Covili, pula berada di kedudukan ketiga dengan 11 mata manakala Aiman masih kekal dengan tiga mata.

Dengan berbaki lima peringkat lagi, usaha Aiman untuk mengejar kedudukan mata berkenaan tampak sukar dan bagi pelumba 25 tahun itu, fokusnya selepas ini adalah untuk cuba mendapatkan penamat peringkat yang lebih baik.

"Apapun, saya berpuas hati kerana dapat mengikut peloton besar dan syukur kerana dapat bertahan sehingga garisan penamat. Rasanya, saya tidak akan kejar lagi mata itu (Raja Bukit) dan hanya fokus kepada perlumbaan peringkat atau apa-apa sahaja.

"Kira boleh katakan 'selamat tinggal' (untuk merebut gelaran Raja Bukit)," kata Aiman yang bakal meneruskan perlumbaan peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Jaya sejauh 140.2 kilometer (km), esok.

Laluan esok bakal membabitkan tiga zon pecutan dari Bagan Serai, Talang dan Sungai Siput selain satu zon pendakian kategori Cat3 di Kuala Kangsar.

"Esok, tidak banyak zon pendakian, hanya satu dan zon pendakian terbesar selepas ini di Genting Highlands (peringkat kelima) yang menawarkan 25 mata. Kita tengok selepas ini bagaimana," katanya.

Untuk rekod, Aiman sebelum ini memegang gelaran Raja Bukit pada edisi 2020 dan 2022.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-raja-bukit-aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052732 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list