View: 2028|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Ariff Peter bakal bergelar pelakon diarah pengarah 'pecah panggung'
[Copy link]
|
|
Ariff Peter.
Kuala Lumpur: Tiada apa yang menggembirakan Ariff Luqman Peter Lisut selain bebanan hutang ditanggungnya semakin berkurangan sejak kisahnya disiarkan Harian Metro bulan lalu, selain mendapat banyak peluang kerja.
Malah, dia yang mesra disapa Ariff Peter turut dihubungi individu yang bermurah hati menawarkan rumah kepadanya, selain tawaran menerbitkan buku serta kisahnya diangkat ke layar perak.
Berkongsi perkembangan terkininya, Ariff Peter berkata, dia masih berusaha melunaskan hutang yang kini berbaki RM90,000 daripada RM100,000 bulan lalu, namun dia percaya hutang itu akan berjaya dilangsaikan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
"Saya masih tinggal di dalam kereta walaupun baru-baru ini, ada ramai menawarkan rumah kepada saya tanpa membayar apa-apa selain bantuan lain tetapi saya tolak cara baik, saya tidak mahu mengambil kesempatan.
"Saya juga mendapat tawaran sebagai model pakaian lelaki 'plus size' dan menghasilkan 'jingle' (lagu pendek) selain sebagai pakar motivasi.
"Ketika ini, saya sedang fokus bersama pengarah dari Hong Kong yang banyak membuat filem pecah panggung untuk menghasilkan filem berkaitan hidup saya," katanya dihubungi, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia bersyukur dengan semua peluang diperoleh dan berterima kasih kepada Harian Metro yang menyiarkan kisahnya serta disifatkan sebagai membantu mengubah kehidupannya.
"Sebelum ini saya susah dapat 'job' (kerja) tetapi sekarang, Alhamdulillah, Allah SWT beri saya banyak peluang kerja.
"Setiap hari, ada dalam lima hingga 10 kerja saya dapat. Saya memang terkejut kerana tidak pernah mendapat peluang seperti ini," katanya.
Harian Metro sebelum ini menyiarkan kisah Airff Peter yang terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang juga satu-satunya harta miliknya, selepas pemuda berkenaan menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.
Ia demi membayar hutang lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital dan bulan lalu, hutangnya berbaki RM100,000, namun dia giat melakukan pelbagai kerja sampingan yang dikongsikan di TikTok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arah-pecah-panggung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|