CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2563|Reply: 0

[Melaka] Pelajar tingkatan empat ditemui lemas

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN mencari dan menyelamat pelajar tingkatan empat di lokasi pencarian. FOTO Ihsan bomba.

Melaka: Pelajar tingkatan empat ditemukan lemas di Pantai Mutiara Kem Terendak, Sungai Udang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.30 petang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan.

"SAR turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Selepas tiga jam dilapor hilang, mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dia dilihat mandi oleh pasukan skuba komando," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Menurut Christopher, sebelum kejadian mangsa dikatakan ke pantai itu bersama 13 rakan dan dua guru untuk meraikan hari terakhir guru pelatih yang mengajar di sekolah mereka.

"Ketika mereka sedang makan, mangsa bersama seorang lagi rakan ke pantai untuk mandi. Ketika sedang mandi, rakan mangsa dikatakan lemas dan dia cuba untuk menyelamatkan tetapi tenggelam.

"Mangsa kemudiannya hilang tanpa sempat diberi bantuan oleh guru serta pelajar yang lain," katanya.

Sementara itu, jurucakap JBPM Melaka berkata, 22 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu terbabit operasi menyelamat itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empat-ditemui-lemas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.029034 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list