CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 2

[Politik] Kenapa Anwar tak jadi PM lebih awal, ini penjelasan Dr Mahathir

  [Copy link]
Post time 13-11-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 13-11-2023 03:20 PM


Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri lebih awal, iaitu selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sedangkan beliau sudah berjanji memberi laluan kepada Presiden PKR itu.

Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas parti diterajuinya, BERSATU bersama PH yang diterajui Anwar berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Katanya, beliau sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh pentadbiran PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan.

"Saya sudah janji dan saya akan tunaikan janji. Apabila saya bersama dengan DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka pilih saya untuk jadi calon Perdana Menteri.

"Tapi mereka juga tentukan saya jadi Perdana Menteri untuk beri peluang kepada Anwar jadi Perdana Menteri dan saya terima itu," katanya dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shaharil Hamdan, yang disiarkan hari ini.

Jelas Dr Mahathir, niatnya itu tidak dapat dilunaskan kerana berlakunya Langkah Sheraton yang berjaya menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020.

"Disebabkan Langkah Sheraton, parti kerajaan, iaitu PH sudah hilang kedudukan. Kalau saya bagi jawatan pada Anwar pun, dia tidak boleh jadi sebab parti sudah kalah," katanya menegaskan beliau tidak dapat melakukan apa-apa kerana partinya pada waktu itu sudah hilang majoriti.

"Saya hendak beri (jawatan Perdana Menteri) kepada Anwar, tetapi sebelum saya dapat beri, parti saya tolak saya. Apabila parti tidak yakin dengan saya, tindakan saya, saya kena letak jawatan.

"Pada waktu itu juga, saya dapati PH akan kalah kerana Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali bersama dengan BERSATU akan menjatuhkan PH. Kalau saya angkat Anwar jadi Perdana Menteri, dia tidak akan jadi," katanya.

Dr Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri pada Februari 2020 dan BERSATU yang diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan gabungan PH bersama 11 Ahli Parlimen PKR.

Selepas meletak jawatan, Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara dan menyarankan idea kerajaan perpaduan dengan semua parti yang mempunyai wakil di Parlimen mengambil bahagian, namun ditolak oleh pelbagai pihak.

Selepas menemubual semua Ahli Parlimen, Yang di-Pertuan Agong mengumumkan bahawa Muhyiddin mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat melalui pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), terdiri BERSATU, Barisan Nasional (BN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari Sabah.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1176440/kenapa-anwar-tak-jadi-pm-lebih-awal-ini-penjelasan-dr-mahathir

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelas Dr Mahathir, niatnya itu tidak dapat dilunaskan kerana berlakunya Langkah Sheraton yang berjaya menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 03:27 PM | Show all posts
Reforbasi.. eh, silap.. Reformasi 1998 tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053051 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list