CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4608|Reply: 0

[Selangor] 'Ditolak' kerana muka berjerawat, tak seperti dalam gambar

[Copy link]
Post time 28-12-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode

MUHD Azfar Ikhwan menyunting gambar untuk menambah keyakinan. Gambar kanan wajah sebenar Muhd Azfar Ikhwan. FOTO Ihsan Muhd Azfar Ikhwan Yahaya

Kuala Langat: Hanya kerana mukanya berjerawat, Muhd Azfar Ikhwan Yahaya menjadi mangsa sindiran wajah atau face shaming oleh gadis dikenalinya ketika pertemuan pertama mereka, Selasa lalu.

Kisah sedih itu mendapat perhatian warganet selepas Muhd Azfar Ikhwan, 20, berkongsi video ketika pertemuan berkenaan di akaun TikTok miliknya.

Meskipun tidak mendedahkan wajah gadis berkenaan dalam rakaman video itu, kedengaran jelas kata-kata gadis berkenaan yang membuatkan Muhd Azfar Ikhwan hampa.

Berkongsi kisahnya, Muhd Azfar Ikhwan yang bekerja sebagai juruteknik dan menetap di Bandar Saujana Putra, di sini berkata, video dikongsikan itu bukannya sekadar bahan atau content (kandungan) untuk menarik perhatian pengikut sebaliknya kisah benar yang terjadi kepadanya.

"Saya berkenalan dengan gadis itu dengan bantuan seorang rakan lelaki yang mengenalinya. Jadi, rakan saya itu yang menjadi perantara dan kiranya saya dan gadis berkenaan tidak pernah bertukar nombor telefon atau berhubung menerusi WhatsApp.

"Disebabkan itu, saya teruja berjumpa dengannya buat pertama kali kelmarin (Selasa lalu) di satu kawasan dekat Johor Bahru, Johor iaitu ketika saya ada tugasan di luar kawasan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Muhd Azfar Ikhwan, dia tidak berseorangan sebaliknya ditemani rakan lelakinya, manakala gadis itu memberitahu yang dia akan datang bersama seorang rakannya.

"Tapi waktu pertemuan, saya nampak gadis itu datang bersama tiga rakan tetapi itu bukan masalah bagi saya kerana faham dia mahu ada peneman.

"Cuma, ketika dia berjalan ke kereta, saya sudah nampak ekspresinya yang seolah terkejut dan tak senang melihat saya sementara rakannya macam memandang pelik serta macam berkata sesuatu mengenai saya.

"Saya tenang lagi sehingga gadis itu datang dan luahkan yang dia tidak boleh terima saya kerana keadaan saya berjerawat serta bukan seperti dalam gambar," katanya.

Muhd Azfar Ikhkwan berkata, apa yang berlaku membuatkannya sedih kerana pernah tiga kali berdepan situasi sama sebelum ini.

"Jadi, apa yang berlaku kelmarin adalah pengalaman keempat saya (kena sindiran wajah) dan ia membuatkan saya agak serik serta takut nak berkenalan dengan gadis lain selepas ini.

"Saya akui menggunakan teknik suntingan gambar (filter) namun ada sebab iaitu nak lebih yakin dengan penampilan diri.

"Tapi tak semua orang terima dan emak saya pun dapat tahu mengenai video itu selepas rakannya berkongsi dengannya.

"Emak sedih tapi dia pesan kepada saya supaya jangan muat naik lagi video dan mengaibkan orang lain," katanya.

Menurut Muhd Azfar Ikhwan, gadis itu ada memohon maaf dan menyatakan apa yang dilakukan sekadar gurauan selepas video dimuat naiknya tular di laman sosial.

"Dia tak menghubungi saya tetapi beritahu rakan lelaki saya untuk sampaikan kepada saya. Apa boleh saya cakap, benda sudah jadi cuma bagi saya, tak semua perkara boleh dijadikan gurauan dan bahan jenaka terutama fizikal malah itu yang paling saya tak suka.

"Kebahagiaan sebenar juga bukan bersandarkan paras rupa atau wang semata-mata tetapi akhlak dan keikhlasan hati kerana cantik atau kacak itu semuanya pinjaman Allah. Mungkin apa yang berlaku memberi pengajaran untuk saya juga supaya mencari bakal pasangan yang lebih sekufu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eperti-dalam-gambar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.208387 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list