View: 6548|Reply: 0
|
[Melaka]
3 jam tangkap anak buaya tembaga
[Copy link]
|
|
Anggota APM mengangkat anak buaya tembaga seberat kira-kira 15kg selepas berjaya ditangkap menggunakan jalan milik penduduk. - Foto ihsan APMs
MELAKA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa hampir tiga jam untuk menangkap seekor anak buaya tembaga di Sungai Air Batu, Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, Sungai Udang, dekat sini.
Malah, empat anggota penyelamat terpaksa menggunakan pam bagi mengeringkan air sungai bagi dengan dibantu orang awam bagi memudahkan tangkapan.
Pegawai Operasi, Latihan dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Melaka Tengah, Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan berkata, pihak bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 12.30 tengah hari.
Anggota APM mengangkat anak buaya tembaga seberat kira-kira 15kg selepas berjaya ditangkap menggunakan jalan milik penduduk. - Foto ihsan APMs
"Operasi mengambil masa hampir tiga jam sebelum anak buaya seberat kira-kira 15 kilogram dan panjang lebih satu meter itu berjaya ditangkap menggunakan jala milik penduduk," katanya.
Buaya yang dipercayai datang dari Sungai Lereh yang mengalir ke laut itu kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka untuk tindakan selanjutnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -anak-buaya-tembaga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|