CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9990|Reply: 0

[Selangor] Bapa di Kelantan, ibu di KL, harap muncul datang lawat anak

[Copy link]
Post time 2-3-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma memaparkan pelajar berusia 14 itu termenung menantikan kedua ibu bapanya.

PETALING JAYA – Seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma, Kota Bharu, Kelantan yang tular menanti kehadiran ibu bapanya, sehingga kini masih menunggu berikutan mereka tidak muncul untuk menjemputnya dari asrama pusat tahfiz tersebut.

Pengasas maahad tersebut, Mohd. Romuza Abd. Ghani berkata, pihaknya mendapat maklumat bapa remaja tersebut masih di Kelantan dan ibunya pula di Kuala Lumpur, namun tidak diketahui keberadaan mereka.

“Masa mula-mula masuk asrama, memang dia daripada keluarga susah. Ayah pelajar ini telah berpisah dengan ibunya. Kita dapat tahu ayahnya masih di Kelantan, cuma tak tahu di mana kerana jenis (hidup) menumpang dan tukar nombor telefon.

“Kita juga tak dapat hubungi ibunya dan sedang cuba lagi. Kita dapat tahu ibunya di Kuala Lumpur, tapi tak tahu di mana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Romuza yang juga mudir berkata, selepas tular kisah remaja tersebut selain dilaporkan oleh Kosmo!, pelbagai pihak termasuk wakil kerajaan negeri menziarahi remaja tersebut.

“Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertubuhan bukan kerajaan, penghulu kampung selain wakil rakyat. Alhamdulillah dengan keprihatinan masyarakat dan terima kasih kepada Kosmo!.

“Saya tak sangka sehingga tahap ini (tular) dan sekurang-kurangnya salah satu cara untuk sebarkan kepada ayahnya semoga dia dapat berita ini. Semoga ayahnya insaf dan dapat berita serta melawat anaknya.

“Kasih sayang kita setakat mana saja kalau nak bandingkan kasih sayang ibu bapa iaitu darah daging sendiri,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seorang remaja lelaki iaitu pelajar pusat tahfiz tersebut masih menunggu ibu bapa datang menjemputnya untuk pulang bercuti.

Pelbagai cara dilakukan pihak Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma untuk menghubungi ibu bapa pelajar terbabit, namun gagal.

Kali terakhir Mohd. Romuza menelefon bapa pelajar tersebut adalah pada raya haji tahun lalu, manakala ibu kandungnya tidak pernah dapat dihubungi sejak remaja itu dihantar ke situ pada usia sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -datang-lawat-anak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.132044 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list