CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6941|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Anggota MPV hiba bantu warga emas lupa jalan pulang

[Copy link]
Post time 4-3-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Koperal Muhamad Fassharul

Kuala Lumpur: Tindakan dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) membantu seorang wanita warga emas yang 'terlupa' jalan pulang ke rumah mendapat pujian ramai.

Ketika kejadian, dua anggota MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras iaitu Koperal Muhamad Fassharul Mahdzil dan Koperal Tamam Abada Maswan baru memulakan tugas.

Mereka bergegas ke lokasi sejurus menerima arahan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) berhubung aduan daripada suami isteri yang menemui wanita berusia 78 tahun itu dalam keadaan keliru dan bersendirian.

Muhamad Fassharul berkata, perasaan mereka hiba melihat warga emas berkenaan dan atas dasar prihatin berusaha sedaya upaya menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga.

"Selepas terima arahan, kami pun bergegas ke lokasi. Tengok saja wajah mak cik itu perkara pertama terus terkenangkan ibu di kampung dan nenek yang sudah meninggal dunia, kami rasa kasihan.

"Pada mulanya kami cuba bertanya tempat tinggal dan ke mana hala tuju wanita warga emas itu, tetapi dia tidak berapa ingat. Dia kata sebelum itu, dia ke rumah kawan dan lupa jalan balik ke rumah.

"Mak cik itu kata dia ingat-ingat lupa, selepas beberapa minit berbual dengannya tiba-tiba dia teringat nama kawasan rumahnya iaitu di Putra Ria, Bangsar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas mendapat kebenaran daripada penyelia, mereka terus menuju ke lokasi berkenaan dan beberapa penduduk setempat mengesahkan warga emas itu memang tinggal di perumahan terbabit.

"Kami difahamkan mak cik itu tinggal sendirian di flat berkenaan tetapi ada waris iaitu sepupunya tinggal di kawasan sama.

"Sebelum kejadian, dia ke rumah kawannya di sekitar Cheras dan ketika sepupunya mahu mejemput, mak cik itu sudah keluar dari rumah kawan terbabit," katanya.

Muhamad Fassharul berkata, sepanjang berkhidmat selama 19 tahun dan hampir empat tahun di Unit MPV, dia sudah beberapa kali mengendalikan kes-kes seperti itu.

Katanya, selain tugas hakiki sebagai anggota polis, dia dan rakan setugas sentiasa bersedia untuk membantu orang awam yang memerlukan selagi termampu.

"Mana yang kita boleh bantu kita akan bantu. Tugas tetap tugas, tetapi yang lebih penting kita bantu orang awam yang dalam kesusahan walau sibuk macam mana sekalipun.

"Saya harap hubungan orang ramai dengan polis sentiasa utuh dan saya harap orang awam sentiasa bekerjasama dengan polis dalam usaha membantu masyarakat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-lupa-jalan-pulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.141768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list