CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4131|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bapa tuntut RM3 juta anak meninggal dunia di asrama akibat renjatan elektrik

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Seorang bapa menuntut ganti rugi RM3 juta daripada sebuah universiti selepas anak perempuan bongsunya meninggal dunia akibat renjatan elektrik di bilik asrama di Kedah, dua tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat lelaki berusia 55 tahun berkenaan selaku plaintif yang menamakan universiti itu sebagai defendan susulan kematian pelajar wanita itu, 21, menerusi writ saman difailkan firma guaman, Tetuan M Manoharan & Co di Mahkamah Tinggi Alor Setar, 28 Februari lalu.

Mengikut penyataan tuntutan difailkan bersama writ berkenaan, bapa mangsa berkata, anaknya itu ditemukan terbaring tidak bernyawa di lantai bilik berkenaan, pada 21 Mei 2022.

Katanya, siasatan dibuat polis dan bedah siasat dijalankan pegawai perubatan ke atas mayat pelajar itu untuk menentukan punca kematian.


"Pemeriksaan bedah siasat menyimpulkan bahawa punca kematian adalah renjatan elektrik.

"Selanjutnya, Mahkamah Sesyen Alor Setar bertindak di bawah Seksyen 333 Kanun Tatacara Jenayah memastikan bahawa renjatan elektrik adalah punca kematian perempuan berkenaan.

"Perkara ini disahkan dalam surat bertarikh 1 Februari 2023 daripada Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen Alor Setar kepada plaintif," katanya.

Bapa mangsa berkata, universiti itu dan pelajar terbabit ada hubungan istimewa dan oleh itu, defendan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan anaknya itu daripada tidak terkena renjatan elektrik di bilik berkenaan.

"Plaintif menyatakan bahawa defendan sebagai pemilik asrama itu mempunyai kewajipan berkanun kepada semua penghuninya yang sah di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menyenggara elektrik.

"Melanggar kewajipan berjaga-jaga dan berkanunnya, defendan gagal memastikan pelajar selamat daripada terkena renjatan elektrik dan gagal menyelenggara pemasangan elektrik secara betul hingga menyebabkan anaknya terkena renjatan yang mengakibatkan kematiannya," katanya.

Mengenai butiran keingkaran kecuaian, plaintif berkata, defendan gagal mengambil langkah penjagaan munasabah untuk memastikan mangsa adalah semunasabahnya selamat ketika menggunakan bilik itu khususnya memastikan penggunaan yang selamat bagi kelengkapan serta peralatan elektrik di dalamnya.

Defendan juga didakwa gagal mengambil mana-mana langkah penjagaan munasabah untuk mengelakkan kecederaan, kerosakan atau kematian daripada renjatan elektrik.

"Menyebabkan atau membenarkan peralatan elektrik khususnya lampu dinding atau peralatan lain yang rosak dalam bilik berkenaan menjadi dan kekal dalam keadaan rosak serta berbahaya.

"Kegagalan untuk menggantikan atau membaiki lampu dinding elektrik atau peralatan lain yang rosak, selain mengambil langkah yang munasabah untuk menjadikan perkakas itu selamat digunakan.

"Gagal mengambil langkah mencukupi sama ada melalui pemeriksaan berkala untuk memastikan pemasangan elektrik berada dalam keadaan yang secara munasabah adalah selamat, tidak rosak atau berbahaya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ama-akibat-renjatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036471 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list