|
DBKL sita gerai tanpa kebenaran dan menghalang laluan. FOTO Ihsan DBKL
Kuala Lumpur: Beberapa premis perniagaan yang beroperasi secara haram di gempur dalam Operasi Tindakan Sitaan dan Pindah di sekitar Seputeh, di sini semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Menurutnya, operasi turut disertai pegawai dari Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kerja-kerja pemotongan bekalan air serta elektrik.
"Pemotongan air dan elektrik dilaksanakan bagi memastikan penjaja terbabit tidak meneruskan perniagaan mereka.
"Antara barangan yang disita termasuk dapur keluli, kerusi, meja, khemah, rak televisyen beroda, ketuhar dan lain-lain peralatan," katanya dalam satu hantaran hari ini.
DBKL berkata, semua barang dirampas dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras di sini bagi tujuan dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
Katanya, pemantauan dan tindakan berterusan akan dijalankan menerusi tindakan di semua 11 kawasan Parlimen di ibu negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perasi-secara-haram |
|