CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2777|Reply: 0

[Kelantan] Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang sudah lali bunyi letupan, tembakan

[Copy link]
Post time 29-4-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode

SUNGAI Golok berdekatan Rantau Panjang (gambar fail). FOTO NSTP

Kota Bharu: Penduduk sekitar Rantau Panjang sudah lali dengan bunyi letupan di sempadan Sungai Golok memandangkan kejadian itu kerap berlaku dalam setahun, kata Penghulu Mukim Lubok Gong, Rantau Panjang Syed Abu Bakar Syed Mat Nor.

Syed Abu Bakar berkata, dalam kejadian terbaharu letupan didengari pada 1.30 pagi waktu Malaysia dan waktu di Thailand pada 12 tengah malam.

"Saya baru pulang selepas menghadiri majlis berdekatan dengan rumah dan dengar bunyi letupan kuat disusuli beberapa das tembakan dalam masa empat hingga enam minit.

"Bagi penduduk Rantau Panjang, kami sudah lali dan dapat bezakan sama ada bunyi bom, letupan, tembakan atau mercun," katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata, kejadian berkenaan yang pertama berlaku tahun ini dan kali terakhir letupan didengari pada Julai lalu di stor penyimpanan di Pekan Mundok, selatan Thailand.

Syed Abu Bakar berkata, penduduk kampung yang menetap di kawasan berhampiran tidak pernah melarikan diri apabila terdengar bunyi bom, letupan atau tembakan kerana tahu ia berlaku di selatan Thailand.

Kejadian berkenaan menyebabkan berlaku sedikit gegaran di kawasan Gual To' Deh, Rantau Panjang, kata beliau.

Sementara itu, pekerja kilang perabot di Kuala Siral, daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand Mohamad Zuki, 45, berkata, letupan berkenaan berlaku dekat dengan rumahnya iaitu kira-kira lima kilometer.

"Kejadian ini menyebabkan pihak berkuasa Thailand membuat rondaan secara jalan kaki. Kami dapati seawal pagi tadi laluan masuk ke Sungai Golok dan Mundok sudah ditutup," katanya.

Hari ini, Polis Diraja Malaysia mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan empat anggota keselamatan Thailand cedera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lali-bunyi-letupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053388 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list