CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8728|Reply: 0

[Terengganu] Musim panas: Rezeki cuci lebih 50 telaga

[Copy link]
Post time 4-5-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Muhd Syafiq (kanan)melakukan kerja mencuci telaga sambil diperhatikan pemilik telaga, Adnan di Kampung Telaga Gajah, Renek di Besut. - Foto NSTP/Nurul Fatihah Sulaini

BESUT: Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan mencuci telaga sepanjang musim panas membuka pintu rezeki buat dua sahabat baik.

Sejak awal tahun ini, Muhd Syafiq Isa, 32, dan Faizal Wan Hassan, 38, tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan khidmat mencuci telaga di sekitar kawasan Besut, Terengganu, Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu, Kelantan.

Muhd Syafiq berkata, dia dan Faizal akan bergerak berdua untuk melakukan kerja-kerja mencuci telaga yang mengambil tempoh antara tiga hingga empat jam.

"Saya mengambil upah melakukan pelbagai kerja kampung dan kerja mencuci telaga antara bidang kerja saya, kebetulan ketika remaja dahulu pernah mengikut orang tua pergi mencuci telaga.


"Waktu musim panas atau kemarau, telaga akan kering dan disebabkan itu pemilik telaga akan meminta kami mencuci serta membuang sampah-sarap, selut dan tanah tertimbus supaya mata air timbul seterusnya air telaga kembali ada," katanya ketika ditemui di Kampung Kepala Gajah, Renek, di sini, hari ini.

Syafiq yang tinggal di Kampung Pachakan berkata, antara cabaran utama kerja mencuci telaga adalah risiko keselamatan serta keadaan telaga yang terlalu lama tidak digunakan.

"Kami akan gunakan pam untuk menyedut air sebelum masuk ke dalam lubang telaga untuk memulakan kerja menggali telaga sekiranya air masih banyak dalam telaga.

"Teknik yang sesuai juga perlu digunakan untuk mengelakkan berlaku masalah disebabkan tanah yang digali tidak rata hingga menjejaskan kedudukan kerek telaga," katanya.

Beliau berkata, setakat ini mereka berjaya mencuci lebih 50 telaga dan kadar upah untuk kerja mencuci dilakukan secara sekali cuci tidak mengikut jam bergantung kepada keadaan kerja yang kadang-kala boleh mencecah RM400.

Faizal pula berkata, sejak Aidilfitri lalu permintaan perkhidmatan mencuci telaga semakin bertambah berbanding kebiasaannya.

Sementara itu, pemilik telaga, Adnan Hussin, 63, berkata telaga miliknya sudah berusia 15 tahun sejak ia digali dan tidak pernah dicuci.

"Disebabkan cuaca panas terik, saya buat keputusan untuk panggil orang cuci telaga kerana sudah lama tidak digunakan serta mata air juga sudah tertimbus.

"Walaupun menggunakan air paip untuk keperluan seharian, namun air telaga tetap dijadikan sebagai alternatif kerana rasa air telaga lebih sedap serta apabila mandi menggunakan air telaga lebih sejuk dan segar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... uci-lebih-50-telaga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.326576 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list