CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5287|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perseteruan perniagaan mungkin motif serangan bom petrol di pusat hiburan

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Perseteruan berhubung perniagaan disyaki motif serangan bom petrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini, 9 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, terbaharu, seorang suspek lelaki tempatan ditahan malam tadi, menjadikan tangkapan keseluruhan kes itu kepada seramai enam orang.

"Semalam, ada lima tangkapan, pagi ini ada tambahan lagi seorang jadi enam (orang) dan ada dua lagi masih bebas. Saya ingat ada dua atau tiga orang lagi yang perlu ditangkap.

"Dua daripada suspek yang ditahan akan disambung reman bersabit siasatan kes merusuh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara ahli perniagaan berkenaan dan tidak membabitkan unsur kongsi gelap.

Katanya, semua individu yang ditahan mempunyai peranan masing-masing dan ada antara mereka yang mempunyai rekod jenayah lampau.

"Ini kes terpencil, salah faham antara ahli perniagaan sahaja. Ada antara mereka yang plan (rancang), ada yang upah, ada yang membaling (bom petrol). Suspek baharu akan direman hari ini," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol.

Sebelum ini, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis terbabit tular di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit, kejadian itu berlaku pada 2.18 pagi, 9 Mei lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ol-di-pusat-hiburan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.073775 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list