CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4491|Reply: 0

[Kedah] Wanita maut selepas motosikal dirempuh kereta

[Copy link]
Post time 13-1-2025 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Wanita maut selepas motosikal dirempuh kereta

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




KEADAAN motosikal mangsa yang maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta. FOTO ihsan PDRM




Sungai Petani: Penunggang maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta sehingga tercampak ke atas kereta lain di Kilometer 48.2 Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada 8 malam itu, mangsa wanita berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku dalam hujan lebat membabitkan motosikal SYM Bonus dinaiki mangsa dengan kereta Proton Wira dan Honda City.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di simpang mahu membelok ke kanan ke Taman Permai Pura, di sini.


Katanya, sebuah Proton Wira yang datang dari arah belakang tidak sempat membrek lalu merempuh belakang motosikal terbabit.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke hadapan sebelum terkena bahagian hadapan kereta Honda City yang berada di laluan bertentangan.

"Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu Proton Wira berusia 24 tahun yang gagal menjaga jarak ketika mengekori kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadap pemandu terbabit didapati negatif dadah, namun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Januari 13, 2025 @ 11:10am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176030/wanita-maut-selepas-motosikal-dirempuh-kereta




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.146605 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list